Friday, December 31, 2010

~Last Post in 2010~

Salam...

Hari ni last day 2010.ramai org dok suh pasang azam tahun baru bile tym2 last day ceggini.aku?klu org tanye aku jwb,lunaskan azam thn lepas.hahaha....yela,klu tetiap thn pasang azam sedangkan azam lama tak tertunai,takde gune kan..hehe..

thn ni aku rase sume azam aku dh tertunai la kotttt...ape azam aku?satu je,lahirkan baby yang comel dengan jayanya.haha...tensen tak ngn jwpn tu?hihi...Alhamdulillah,30.4.2010 anakku yg pertama berjaya dilahirkan...even banyak rintangan dan cobaan sebelum melahirkan,tp aku n Wajdi bjaya ditemukan.he3...

Azam thn ni?hope dpt lahirkan sorang lg khalifah kecil..xkisahla boboy or gugurl (tp aku hrp gugurl.hi3). ape yg penting, bb n ibu selamat...aminnnn...mungkin ptengahan 2011 dptla lg sorang ahli kuarge baru...Wajdi mama leh ade kwn.boring men sorang2 kn..he3

mungkin ade kwn2 yg tekujat bace paragraph atas ni.ye,ramai lg blom tau.malas nk heboh2 lagi.mybe bulan depan akan aku hebohkan.eh.esokla bulan depan.hahaha...ok2...nantila aku wat announcement.aku preggy lagi.lalalallala...

Tuesday, December 14, 2010

~Bunting Pelamin~

Salam..

Kali ni nak share pengalaman pasal entri di atas.bukan nk citer pasal pengalaman bestnye dpt bunting pelamin tapi nk citer betapa kadang2 manusia ni bila dah terlalu sangat "mengambil berat" pasal hal diri orang lain,mende lain jadinya.huh.

aku ni tmasuk golongan perempuan yang "murah rezeki".sebab baru je kawen,tak dan nak snorkeling ke pulau redang,dh ade bb small dalam perut.haha murah rezeki la tu kan.bak kate sepupu hubby aku,one shot n its done.aku suke ayat tu.hehe..la ni pun bb small belum sempat nak big,dah wujud bb small lagi.murah rezeki la tu kan.ok what.alhamdulillah..

lagipun hubby penah cakap,target beliau nak beli hyundai starex.bukan beliau,tapi aku yg kene beli.ceh.pasaipa?pasainya nanti starex tu bulih jd 'bas skolah' anak2 yang sedozen.ish.ish.ish lagi.aku tak kisah target beliau.kalau ade rezeki anak sedozen,alhamdulillah,murah rezeki aku n family.tapi tulun bagi aku habih belajar dulu wey.hahaha..

ni nk cite,awal2 kehamilan dulu,ade kwn hubby tanya,soalan dia lebih kurang camnila,eh?dh ngandung bini ko?awalnye?ke dh ade sebelum nikah niii...haaaa...mau tak sentap laki aku dengar.naseb baik member je beb. kalau tak mau lebam bijik mate.hu..dok pertikai kepoweran laki aku pasaipa?hish.bbulu je aku dengau.(dok campur2 dialek ni maknenye maroh betui.haha)

pastu nk jadi cte,adela sorang member lama aku.dok tegur dlm fb.tkejut bukan main la beliau tgk aku dh beranak pinak.katenye rase mcm baru lagi aku kawen.aku ckp mmgle baru je kawen,baru setahun lebih.tp anak dh 7 bulan.sekali minah tu bg aku sedas,ke sebelum kawen dh ade?haha...what???aku sentap lagi.siap haha kt akhir ayat.ko igt haku hape?ish.heran aku dia tulah.mmg tak payah pk pun hal tu actually.tp pas dia ckp cmtu,aku geram gile beb.wey,anak aku,HALAL tau dak?ko igt senang ke nk wat??haha..belum aku lazer beliau lagi.aku trs mls nk layan pastu.huhu...anak tu kan REJEKI,Allah nk bagi awal,dptla awal.beliau dpt anak lewat ke awal ke,ade org tny gitu ke?betui dak.mmgla beiau nk bgurau aje,tapi even aku ni kebal maki,kebal kutuk,bile dtg bab2 anak suami mak ayah,aku jd sensitif.nmpk je ganas,tp dlm hati ade taman.haha...

kesimpulannya,selazer mane pun kite ngn member,bab2 keturunan ni jgnla lazer sgt ye dak.ade keraguan yg munasabah sekalipun,toksahla persoal,wey anak ko ke ni?bukan ko baru je kawen semalam?takkan dh besar?dan mcm2 lagilah.aku mmg pantang betui org tny tak kene tempat ni.lainla kalau anak aku dh 6 tahun,aku baru kawen setahun.tu barula org pertikai.cane anak kuar dulu dr bapaknye.haha..anak 7 bulan,bapak setahun lebih.tak ke beza tu...tak paham aku..hish...

Friday, December 10, 2010

~Penawar!~

Salam,

Akhirnya,setelah menyelak cik google ke sana ke mari,dptlah aku solution kpd masalah aku aritu.so kat sini aku kopipes je petua2 yg ade :-

Cekam Kuku / Nail fungus infection / onychomycosis


Bila kuku kena cekam, jangan dedahkan ibu jari yang kena cekam tu pada persekitaran yang kotor. Contohnya habuk dan pasir. Kalau tak, makin bertambah teruk sakitnya. Lepas tu, jangan kasi cekam kena air selalu.. Nanti kalau air masuk dalam celah-celah kuku yang kena cekam tu, ia akan jadi bernanah.

Cara Potong Kuku Cekam:

bila dah terlanggar dan rasa sakit tu… mmg dah masa utk potong kuku cekam…so sila rendam kaki sampai kuku lembut atau pon potong lepas mandi la…
pastu sepit kuku bila dah nak sampai ujung2 tu aku akan sepit kuku tu (x sampai putus) dan koyakkan ke dalam yg cengkam tu…

Rawatan Herba

lepas kuku dah terpotong… korang tepek inai la.. atau daun bunga keembong + kunyit = tumbuk lumat dan tampal…. buat sampai baik
Daun keembung – daun ditumbuk lumat & tampalkan pada cagu.
Bunga keembung – juga boleh hilangkan bisa gigitan ( bunga diramas hingga berlendir & tampalkan pada gigitan)
Makan cekam atau -ambil inai dan tumbuk bersama air (seeloknya inai mekah) -inai tersebut letakkan di kuku yg cagu -insyaallah…. jika selalu diamalkan cagu akan kering dan beransur hilang dan tidak akan berasa sakit lagi.

Anda boleh juga menggunakan campuran inai dan garam digiling/kisar sehingga halus. Tampalkan pada cagu tersebut. Cagu akan beransur pulih. beli Hena yang dalam tiub tuh pecettt , after letak inai,ok la..tak berdenyut2 lagi inai jari tue mcm biasa.. letak inai, bungkus, besok pagi buka.. then biar kan jek.. jgn kene air sgt .Amalkan pakai inai kat jari kaki yg selalu kene cekam kuku.

Diet

Eating a lot of oranges and citrus fruits rich with Vitamin C will help boost your immune system hence protect against bacteria and fungus.

Rawatan Minyak / Oils

Gamat cap puteri, alhamdulillah…lepas sapu2 n urut2 kat kuku tu, terus la sampai skang baik…bersyukur sgt2…try la…MINYAK GAMAT CAP PUTERI ya. Satu Lagi jangan lupa minyak Mestika. Bagus juga untuk ubati cagu. Letak je minyak kat kuku kena cagu tuh.

Dengan menyapu minyak but2 ini 2-3 kali sehari (lebey pun tak pa ) selama beberapa hari, Syukur alhamdulillah cekam beransur2 hilang dan kuku pun tidak sakit lagi.

clove oil, lavender oil, red rosemary oils, lemon grass oil, Tea tree oil, oil of oregano and Epsom salts have antifungal and antibiotic properties, so they will help contain the toe nail fungus.

Vicks Vapor Rub- Before doing this, one has to trim the nails as short as possible. Then, one applies hydrogen peroxide to the toes before applying Vicks vapor rub. Apply a generous amount of Vick vapor on the affected toes before bedtime, and then cover it with a sock. leave this on overnight.

Oil of oregano can be applied directly on the infected nail. use it twice a day for an unlimited number of days until the infection clears. oil of oregano may not be good for pregnant women or those who have an iron deficiency problem.

Tea Tree Oil- applied directly to the infected nail. Put a few drops of it on the affected nail everyday. The oil will produce better results if you rub it in. It is in fact so strong that concentrated amounts of tea tree oil may cause skin irritation. You should therefore settle for a diluted preparation.
Vitamin E – The oil can be rubbed on and under the nail using a cotton swab. it should be used as often as twice a day or a few times a week.

Rawatan Ubat Sapu Jenis Krim / minyak

Pegi farmasi minta ubat cream nama dia Ecocot. Insya-Allah cepat baik. Letak banyak2 sikit cream ni kat tempat yg kena cagu tu.klinik ni..dia bagi fusidic cream..sapu..alhamdullillah…baik…

zetaclear key ingredients include tea tree oil, lavender oil and clove oil, which are nature’s antibiotics which helps to clears away nail fungus.Leucatin spray solution go beneath the surface of the nail and begin eliminating the infection. Leucatin eliminate nail fungus infection in seven days.pakai scholl talc powder tu kat kuku cekam.. tu boleh reduce sakit tu – botol warna kuning (cam warna trademark dr scholl)

Pembunuh Kuman & Kulat Pada Cagu

Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

letak kapur sirih kat tempat cekam (daily)…alhamdulillah 2-3 bulan lps tuh cekam surut & skang langsung xde lagi…ok letak kapur sirih sbb x sakit & rase sejuk aje kat jari tuh.

Common Household materials such as Listerine (mouth wash), Hydrogen Peroxide and Vicks vapor rub are common home remedy for nail fungus because of its antiseptic properties. Some have even reported that their nail fungus have disappeared only a few days since they’ve tried these alternative cures. They mix these ingredients with water and then soak their toes in it for around 30 minutes a day.

Mouthwash – soak your nails in a bowl of mouthwash for a few minutes a day. Some may combine mouthwash with hydrogen peroxide.
Vinegar (apple cider or cane vinegar) – is acidic and antiseptic. You can apply directly on the affected nail. An alternative would be to soak your nail on a basin with equal portions of vinegar and lukewarm water. Or Soak your nails in a container of vinegar once or more times a day. nail fungus problem will disappear in a week.

Bersih Cagu dengan Alkohol:

Etanol adalah satu bahan pembunuh kuman dan dalam rawatan ini, ia membersihkan segala kuman di kawasan cagu tersebut. Selain membunuh kuman, penggunaan etanol ini juga sangat baik bagi mengeringkan kawasan jangkitan bagi mengelakkan kuman baru membiak di kawasan tersebut.
1. Beli alkohol kalau boleh jenis etanol. 2. Beli putik kapas
3. Selepas mandi atau setiap kali kaki tersebut basah, celupkan putik kapas ke dalam etanol dan titiskan ke tempat cagu tersebut.
4. Dengan menggunakan putik kapas yang tadi, ratakan ke semua bahagian cagu tersebut. Sila tekan dengan lembut menggunakan putik kapas tersebut agar etanol tersebut dapat memasuki segenap ruang dan bahagian pada cagu tersebut. Kalau tidak mencukupi, titiskan lagi dengan etanol baru. Tekan-tekan lagi agar ia meresap ke segenap pelusuk kawasan cagu.
5. Biarkan barang seminit.
6. Ambil putik kapas bersih yang baru dan serap segala campuran etanol dengan nanah tersebut sehingga benar-benar kering. Buang putik kapas tersebut.
7. Ulang langkah langkah 3, 4, 5 dan 6 di atas selama 2 kali lagi agar segala nanah sudah keluar dari segenap bahagian cagu tersebut. Kalau masih ada nanah yang belum habis keluar, ulang lagi langkah ini.
8. Akhiri rawatan dengan menggunakan putik kapas baru, celupkan ke etanol dan titiskan ke segenap kawasan cagu. Tekan-tekan kawasan cagu menggunakan putik kapas tersebut sehingga etanol tersebut memasuki segenap ruang kawasan cagu.
9. Jangan dikeringkan etanol ini dan terus berjalan agar etanol ini benar-benar memasuki segenap ruang dan rongga cagu.
10. Berdoa semoga Allah menyembuhkan cagu anda. Insya-Allah dalam tempuh 2 – 3 hari, sembuhlah cagu anda.
11. Setelah sembuh, elakkan memakai kasut dengan kaki yang basah. Elakkan kasut yang sempit. Jangan potong kuku berbentuk U tetapi potonglah berbentuk pahat tetapi bahagian hujung tepi di kiri dan kanan di curve (bulatkan) kan sedikit.


banyak jugak petua n penawarnye kan!nantilah aku try satu2.hahahah!

Thursday, December 9, 2010

~Cekam kuku~

Salam...

Kali ni entri aku seperti di atas. nak citer betape seksenye manusia yg ade penyakit tersebut.huhu...aku sedang mengalaminyalah sekarang.masalah mula lepas aku bersalin ritu.sebab?bak kate hubby ku,kuku kaki jenih pelik dari orang.huhu...nk wat cane...kalau aku potong kuku kaki,aku biasenye akan korek sampai isi kuku tu.sampai habis kuku tu ke hujung.huih lepas tu mmg legalah kan...tp sebab aku baru pas beranak,aku takleh wat aksi ganas masa potong kuku kaki.duduk pun bersimpuh ayu je.so takleh 'menikmati' suasana pemotongan kuku yang lebih cekap dan efisyen.huhu..
Nak jadi cter,Wajdiku syg sekarang dah 7 bulan.so 7 bulan jugaklah kuku kaki aku ni tercekam.seksanyeeeee...nak plak mase mula2 jadi..aku dah try untuk menjadi kurang 'clumsy' atau dalam bahasa kampung kwn aku 'boyak'.maknenye jalan tu hati2,jgn sepak merata2,jgn biar kaki disepak.camtulah.tapi makin aku elak,makin selalu menyepak dan disepak.wah geramnyeeee!!!paling geram kalau mase aku tgh berlunjur kaki(masa berpantang),adik2ku dgn selambe terlanggar kaki aku.waaa nak nangis rase...geram tak terkira...huhu...sampai satu tahap,rase nak kerat je ibu jari kaki.haha..
nak jadi cerita lebih ngeri,kuku yg dihujung jari tu akhirnya tkeluar sbb aku takleh potong.masalahnye dia kuar ikut bucu jari,ngeri2...!aku pun taktau cane leh jadi camtu.tp aku trs potongla.lega sket.haha...
paling menggeramkan,sekarang kuku kaki sebelah lagi pun mengalami nasib yg sama.huaaa!!!sakit hati...kalau aku dah berhati2,hubby plak yang clumsy.beliau plak yg tersepak kaki aku...berair jugakla mate menahan.hu...tak pun wajdi plak yang buat angkara...waaa!!!nak marah kenit lagi...huhu...
sekarang aku tgh mengoogle penawar..mcm2la aku tgk.guna inaila,ubat gigi la,kapurla,paling tak boleh blah guna air kencing sendiri!eyark!!!!!lagi stetment kotor aku tulis dlm page aku.huhu...gile ape...hubby kate ape jenih pengotorla itu org.hahahah...tak sanggup aku...eiiii...
aku nak try yang guna ubat gigi tulah.hope berjaya la,aku fedappppp je bile tersepak mnde2..eiii boyak sungguh!haha...

note:ujung thn doh ni.tapi evaluation tak dpt lagik...huuu....mintak2la beliau dlm bilik besar itu tak sekejam yang aku sangka..huh!

Tuesday, November 30, 2010

~Second tym~

Salam...

Diam tak diam da masuk 7 bulan Wajdiku sayang arini.aish..dah makin lasak ok!mama tak larat mau angkat Wajdi bila mama tertido keletihan lepas balik opis,tengok2 Wajdi dah jauh mengesot2 mcm ulat gonggok.terpaksela mama bangun n angkat beliau ke tempat selamat.sebelah mama.hehe..tapi bila aku tertido semula siaplah,dia pun laju je merayap2...kadang2 sampai ke dapur ok!kadang2 badannya terlilit dengan wayar charger.dhla wayar extension melata je atas lantai.nak wat cane.dh plug kat uma ni sume rendah2.sabo je.aku rase tak mustahil si Wajdi akan korek jari halus dia masuk dalam lubang plug satu hari nanti.hahah!

Lately tanda2 dah makin jelas.sampai bila aku boleh sorok ya.hurm...takpe2,selagi aku leh diam aku diam je.abis2 kuat aku wat :) suda...kui3...biarkan sumenye jadi misteri..kuang3...malas nk kecoh2,dh nyata n jelas nanti barula sumenye akan dibongkarkan.hahahaha...bangkai gajah manakan mampu ditutup dengan kain lampin ye dak?hahahah!

Tapi skang aku stress bangat!cane mau buat nih?perang dingin utara-selatan mula semalam lagi.sedeynye aku..aku tau aku tak elok bersedih..hurm..tapi kdg2 kene bg pengajaran jugak takkan setiap kali perang aku je yg kalah.haha..kali ni aku mau pastikan pihak bersekutu menyerah kalah.kalau tak aku mogok habis2an..haha...sanggup ke dia tgk aku yg comel ni monyok sepanjang hari?boring kan...hahahah...(takut aku jugak yg menyerah kalah akhirnye.hurm..)

Monday, November 8, 2010

~Half a year to go!~

Salam...

Wajdi dah masuk 6 bulan..hmm...lebih kurang 6 bulan lagi dia akan berumur setahun...waa dh besar ye anak mama papa nih...skg wajdi dh pandai meniarap dan bgolek2. paling terer dah 2 x jatuh katil.huhu..sian anak mama.tapi alhamdulillah takde kecederaan...biasela anak lelaki mmg lasak n ganas bukan main ok.huhu!


golek2


saye budak comei


terer niarap nih


happy family

Friday, October 1, 2010

~Wajdi 5 months~

Salam...

lama tak update.malas+taktau nk cte mane satu sumenye bsatu menjadikan blog aku terbiar tanpa ada cter2 menarik.hu3...skang wajdi da masuk 5 bulan...tapi still blom niarap sepenuhnya.mak mentuaku kata,wajdi ni ngikut papanya..hahaha...padanlaa...boyok!kui3..klu aku letak dia niarap bolehla dia nk angkat2 kepala tapi dia tanak lama.marah.hahaha...paling klaka kalau dia tgh niarap sebok2 nak angkat2 bontot.apeda anak mama..nk merangkak terus le tu.ha3...
kat sini aku letak gambar2 terkini Wajdi mucuk:






Monday, August 23, 2010

~Wajdi 4 months~



Wajdi masa dalam pantang


Salam semua..

Wajdi sayang dah masuk 4 bulan skarang.hmm..sekejap je kan...skang Wajdi dh reti mengagah2,ketawa2 n selalu wat gelagat nakal dia.kadang2 geram aku kat Wajdi.hehe...Wajdi sgt senang dijaga.takkan menangis n meragam kalau takde mende yang watkan dia tak selesa.tapi jgn taktau,anak aku yg bertuah ni sgtla penakut.haha..kalau dia rase terancam/ditinggalkan,siapla menjeritla dia.haha.. paling menggeramkan,bila aku pergi kelas,wajdi akan tggl dengan papanya.tym tulah dia meragam.mengamuk2 taktau kenapa.bengang je Mr.Hubby.sebab bila aku balik umah relek je dia tak ngamuk pun.hahahaha...mmg anakku seorang yg bertuah.hek3...aku tak sabar tggu wajdi boleh meniarap.waa mesti comel kan.skg dia tgh belajar2 mengiring.hmm..tak lama lagi mesti wajdi boleh niarap plak kan sayang!takpe,slow2,mama tggu saat2 manis tu..hehe...



Wajdi ngan papa




Copy paste neh




Wajdi kena tutup mata ngn topi.hek3..

Saturday, July 24, 2010

~1st Anniversary~



Salam..

Hari ni genap setahun usia perkahwinanku.Alhamdulillah,sehingga kini cinta terhadap Mr. Hubby tetap mekar dan bercambah dari hari ke hari.hee..tak sangka,dalam setahun perkahwinanku,buah cinta kami juga telah lahir.Harith Wajdi anak kesayangan kami telah berusia 3 bulan.Aku sangat bahagia dengan kehidupanku yang telah lengkap kini.eh melalutla macam nak buat novel plak.hihi.sebenarnya aku nak bercerita tentang sambutan hari lahir dan ulang tahun perkahwinanku hari ni.he3..

Sejak seminggu lepas aku asyik tanya Mr Hubby nak makan kat mana sempena anniversary kami. The bill is on me,kataku.hehe.tu sebab Mr Hubby belum dapat gaji lagi so takpelah nanti bila dia dpt gaji akan ku paw habis2an.haha.Mr Hubby asyik cakap tak tau tak tau.dah macam tu,aku pun wat keputusan sendiri aje,puasla aku bertanya ofismet dan macam2la idea yang keluar.Last2 tetibe Mr Hubby ckp nak aku masak spesel. pulak dah...aku dahla berangan nak jadi "Queen of the day" hari tu memandangkan double celebration kononnye.haha.last2 dah tak jadi tu aku pun takdela nak mencari lagi kedai2 makan yang best2.

Nak jadi cter,semalam tetibe Mr Hubby cakap, "Malam esok nak makan kat mana?"huh,aku pun stuck la plak kan...manela aku nak merancang2 lagi.adoiiii...terpaksela aku berfikir dengan ligatnya kat mana la nak suh Mr Hubby bawak.petang tadi,lepas kenduri aku menggoogle tempat2 makan yang best dan senang.last2,dah tak boleh nak berfikir lagi,aku call Secret Recipe Alamanda wat reservation.hajat di hati nakla wat spesel2,kot2 suh org tu tulis2 kat kek ke,ape ke.tapi sebab tak reti nak berimaginasi so aku reserve tempat duduk jela.kui3...

Lepas maghrib,aku ajak Mr Hubby pergi Alamanda.dia tanya nak makan kat mana kat situ,aku cakap adela..hihi.Dia pun dengan redhanya menonong ngikut aku naik kat Secret Recipe tu.hehe..aku takdela nak seprais sangat kat dia,just nak bawak dia ke tempat yang best sketla,ade econ bagai.hek3.lagipun ade adik aku menyibuk.nak berchenta pon tak senang.hihik.

Kesimpulannya,celebration anniversary kami memakan belanja dekat seratus jugakla makannye.haha.tak penah aku makan sampai seratus.tapi utk Mr Hubby takpelah.Aku dapat kad aje untuk permulaan.minggu depan taktaula Mr Hubby nak bagi ape.banyak kali dah dia tanya aku nak ape,tapi aku ni jenis tak reti nak meminta2 sebab dah biasa beli sumenye sendiri.hehe...ape yang pasti,aku akan tetap cintakan Mr Hubbyku hingga akhir hayat.aku doa sepanjang masa supaya perkahwinanku akan berkekalan hingga akhir hayat...

Thursday, July 1, 2010

~Harith Wajdi- Kesayanganku yang Kuat Berusaha~



Salam..

Aku dah mula bekerja semalam.aku rasa minggu2 pertama kerja mood untuk kerja tu langsung tak ada.sebenarnya aku sangat bimbang tentang Wajdi yang kutinggalkan dengan pengasuh di nuseri.aku tak risau dia ditinggalkan,tapi paling merisaukan jika Wajid lapar.masalah utama anakku yang bertuah tu ialah tak reti minum guna botol.hu.aku sedih bila tiap kali telefon nuseri,dengar Wajdi menangis.menangis lapar.hu lagi. hati ni meronta2 nak ke sana tapi maklumla kerja di HQ bukan boleh sesuka hati nak keluar kan.nak keluar pun amik masa dekat setengah jam.nak isi borang,nak mintak sign bagai,punch out lagi.hmm.leceh.so aku terpaksa bersabar tunggu pukul 1.dalam hati cuma mampu doa aje Wajdi tak kelaparan.aku tahu Allah tu Maha Mengasihani,takkan menganiaya anakku yang masih tak mengerti apa2 tu.bila dia lapar tau nangis jelah kan.hmm..aku mmg sedih sangat bila dengar dia menangis lapar camtu.semalam bila aku gi nuseri kul 1 utk susukan dia,dia isap macam org lapar sangat gayanya.walaweh..hmm..petang plak setengah jam duk bergayut ngan aku b4 balik.bila sampai umah,tido lena sampai pagi tadi baru bangun tersengih2.wa rindu aku n Mr Hubby nak main ngan dia semalam..tu yang pagi tadi aku kejut Mr. Hubby awal supaya boleh tengok dia tersengih2.hmm...hari ni tak tau la cane keadaannye plak.aku mmg tak semangat langsung nak jumpa bos tanya kerja ke hape.hmm...dalam kepala asyik pk nak jumpa Wajdi bagi nenen kat dia kenyang2.hmm..

Tuesday, May 11, 2010

~My life is complete~

Salam...

Akhirnya hari yang kutunggu2 sudah tiba. Pertama kali bertemu dengan si kecil yang lama menghuni dalam rahimku, aku sangat2 terharu! Sangat2 teruja! Walaupun proses kelahiran bayi kecil aku rasakan sangat lama dan susah,tapi bila saat dia meluncur keluar dengan mudahnya aku rasakan segala susah payah tika contraction hilang begitu saja. Itulah kuasa Allah yang maha esa. Pengorbanan ibu bertarung nyawa demi melahirkan seorang khalifah Allah ke muka bumi ni dibalas dengan penghapusan dosa2 si ibu. Subahanallah...aku sgt2 bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk merasai pengalaman ini. Harith Wajdi bin Mohamad Syairus, permata hati mama n papa. Thanks 4 giving me dis beautiful moment become a momma to you....


Name: Harith Wajdi bin Mohamad Syairus
D.O.B: 30 April 2010
P.O.B: Hospital Kajang, Selangor
Weight: 2.9kg
Height: 49cm
Colour: Pink (ahahahaha)




Tuesday, April 13, 2010

~36 weeks~

Salam...

Wah!dah masuk 9 bulan rupanya...hehe...aku pun dah rase diriku ini semakin berat..setiap langkahku semakin perlahan..yela dulu 'stat enjin' je trs leh gear 5..haha..skang ni bangun pun terhegeh-hegeh, belom lagi mau pergi ke tempat dituju.kadang2 Mr. Hubby pun tertinggal aku kat blakang sebab aku jalan slow dari biase.kui3...tapi yang best skang sume orang amik perhatian penuh kat aku.(aku rimas jugak sebenarnye tapi redha jelah)..aku berdebar jugak sebenarnye ni,dalam2 sebok mau exam,terfikir jugak kemungkinan aku terberanak b4 exam...whoot!huhu...kalau awal seminggu takpela,buatnya sehari b4 exam cane???huhu...bb,tolong mama bb...kuar pas exam okey...penat kite blaja sesame kalau tak masuk exam 3 jam tu bb...kalau bb dgr cakap mama nnti mama belanja katil baru k..hehehe..harap2 anakku dengar cakap aku...aminnn..
Aku mula rasa sakit2 perut sekarang,kalau tidur tu dah kena pegang perut kalau mau berkalih.adoi kadang2 bila anakku mengeras kat satu tempat je,sakitnyeeee...senak perut aku rase..huhu...tapi sabar jelah,aku tau dia rase sempit duk dalam perutku tapi nak buat macam mane kan,selagi belum sampai masenya dia kenela duk kat dalam ni..hihi..
Yang kelakar,sahabatku takut nak bawa aku ke kelas minggu ni...dia rela suruh aku ponteng kelas daripada dia terpaksa bawa aku ke Shah Alam.haha...takut aku terberanak katenye...aku pulak yang relek..hihi...nasib baikla mggu ni mggu terakhir kelas so just revision dan mungkin tips2 terakhir daripada lec untuk exam aje.So kalau Mr. Hubby tak boleh hantar aku ke kelas mggu ni,aku redha jelah tggu nota dari sahabatku itu..haha..lawak tol...Apepun,aku prepare jelah untuk kedua2nya, exam ngan beranak...hehe..~

Tuesday, April 6, 2010

~35 weeks~

Salam...

Wah! sudah masuk 35 minggu ya...perkembangan si kecil kat dalam ni amatlah memberansangkan. Kenapa? sebabnya aku dah mula sakit2 perut n senak2 kalau si kecik ni menendang n mengesot2..tidur malam toksah ceritalah, setiap sudut merimaskan.huhu...pusing kiri salah,kanan salah, ni sume gara2 si kecik yang makin membesar. setiap gerakannya aku boleh rasa. kadang2 nampak sikulah,lututlah,sengaja mau buat mama n papa semakin teruja ya!hihi...aku betul2 rasa teruja bila dapat tangkap siku si kecik nih..hihi...paling lucu, bila dia berpusing. bergeduk2 rase dalam perut. macam dia tergelincir pun ade.hahaha...lepas tu perut aku pun mulelah bergegar.aduyai...maunya mama n papa tak tergelak melihat perangai si kecik kat dalam ni. sendiri main sendiri jatuh.hahah...kadang2 kami turut membayangkan muka si kecik ni,comel macam siapa ye?hihih...aku tak boleh tengok baju2nya dalam almari. comel gile!!!!haih sabarlah,sebulan aje lagi...tu pun aku betul2 harap si kecik ni masuk exam sama2 nanti.just 2 paper aje plisss....hihi...macamla anakku faham.tapi orang kate kalau hari2 bagitau dia menda yang sama insyaallah dia akan dengar cakap kita...hehehe...wah...cepatlah habis exam...

Friday, April 2, 2010

~Near to 9 month~

Salam...

Tengok tajuk kat atas tu,seram sejuk plus berdebar pun ade...mane taknye,minggu ni dah masuk 34 minggu usia kandungan aku. perut dah makin bulat dan sehatttt..haha...kaki pun dah mula kembung2. setiap sudut badan aku ni mengembung..(hmm macam kurang cumil je.huhu..)berat pun dah makin bertambah...terpaksa menerima hakikat bahawa badanku dah hilang 'figure'. cheh!haha...takpe, yang penting suami makin sayang dan dia pun makin tak sabar2 nak tunggu anak sulung kami lahir ke dunia. aku pun. sangat teruja walaupun hari2 aku bisik kat baby dalam ni, tolong kuar 7 mei okeyyy...mama nak exam dulu..huhu....
baby dalam ni pun macam tak sabar2 nak keluar.hari2 berpusing2 dan menendang2 walaupun tak berapa gagah sebab dah makin sempit agaknya.hahah..takpe sayang,kuar je nanti tendangla puas2.mama tak bedung la nanti.biar baby lepas bebas.heh!
aku masih belum berkesempatan untuk mengupload gambar terbaru aku skang. kesibukan sebagai seorang legal assistant yang berintergriti dan berhemah membuatkan aku kesuntukan masa untuk membuat hal2 dunia yang lain..che che che...haha...sebenarnya sejak aku dapat bos baru yang agak bossy ni aku langsung tak mempunyai masa untuk menghapdet maupun menghadap blog ni. nak amik gambar pun tak de masa. ramai juga kengkawan minta gambar terbaru tapi aku tak amik2 lagi..tah2 dah kempis perut ni baru amik gambar kot.heheh...
Apepun,aku harap babyku dengar la aku suh dia kuar 7 mei.jangan kuar tym aku tengah berjuang nak jawab exam sudahla..huhu...aku exam 29 april n 6 mei ni. 2 paper aje...harap2 sumenye berjalan lancar...amin....

Tuesday, February 23, 2010

~Mengidamkah?~

Salam...

Cuti hujung minggu baru2 ni, aku dan Mr.Hubby ke KLCC.Niat hanya satu, Aquaria!!!hehehe...sebenarnya dah lama aku teringin mau ke sana tapi tak berkesempatan. Kalau diikutkan nafsu berjalan aku nih, tempat jauh2 aku nak pergi...yelah,sementara berdua ni kan,lepas dah bertiga berempat berlima,bukan tak boleh,tapi kos meningkat,pastu macam2 perlu difikirkan terutamanya keselamatan si kecil nanti...tapi Mr.Hubby tak setuju dengan banyak cadangan mengikut nafsu aku tuh.huhu...sedeynya rase mula2 tuh...yela hati ni kan cepat sangat terusik sekarang...tapi memang berasas apa yang Mr.Hubby cakap tu. Semakin dekat hari melahirkan, beliau perlu memikirkan bajet yang perlu disimpan untuk si kecil kami nanti. So aku pun redha jelah...untuk tidak mahu menghampakan diri aku,aku pun simpan la sikit duit gaji aku untuk ke KLCC tu...nak jugak berjalan!!hehe....pada mulanya Mr.Hubby agak kurang bersetuju dengan ajakan aku tu,katanya membazir duitlah,nanti aku habiskan duit gajilah (sebab gaji bulan Feb sangat awal dan gaji Mac ujung2 tekak nanti),aku mula menarik muka masam (sebab cadangan Dewan Rakyat ditolak kan..hihi). Tapi mungkin sebab tak sampai hati melihat muka comel aku ketika merajuk,Mr. Hubby pun bersetuju...yeay!!!memang kembang berbunga2 hati nih bila si dia mengajak aku ke KLCC petang sabtu.hehehe...

Maka pada hari sabtu lepas kami pun pergilah ke KLCC...riangnya hatiku rasa bertuah...hehe..lenguh juga kakiku untuk mencari Aquaria tersebut. Maklumlah tak pernah sampai ke sana lagi...hehe...sejam lebih dalam Aquaria cukup membuatkan aku berpuas hati.Melihat ikan2 yang comel dan juga ikan raksasa melekakan aku.hih.memang senang digula2kan. Pulang dari KLCC, kami menyinggah ke Gombak,rumah bapa saudaraku.Bersembang dengan makcu hingga jam 10 malam. Makcu beria2 mengajak kami tidur di rumahnya tetapi kami terlupa (atau lebih tepat lagi langsung tidak bercadang.hih!) untuk membawa 'kelengkapan perang' jadi mungkin lain kali kami akan bermalam di sana.

Kesimpulannya, aku sangat gembira kerana Mr. Hubby sudi melayan keiginanku untuk berjalan2 hujung minggu lepas. Hujung minggu ini pula mau ke mana ya?Mungkin akan ku tarik Mr. Hubby ke mana2 tempat menarik di sekitar KL/Shah Alam sahaja. Yelah, nanti kalau ikutkan nafsu aku memang aku ajak dia ke mana2 tempat yang lebih jauh lagi..tapi kesian pula nanti dia terpaksa memikirkan bajet untuk melencong tu.hehe..Biarlah aku mengidam mau berjalan2 atau makan macam2 daripada mengidam benda bukan2 kan?hihi...Inilah saatnya mau bermanja2 dengan Mr. Hubby.ngeee...

Monday, February 22, 2010

~7 month~

Salam...

Menjengah ke bulan Februari, usia kandungan saya sudah masuk 7 bulan...wah!sekejapnya rasa...persediaan telah saya buat sedikit2...baju2 si kecil sudah mula memenuhi ruang almari...comelnya...geram saya tatkala melipat baju2nya...saya sering membayangkan betapa comelnya anak saya nanti bila memakai baju yang mama dan papanya belikan...hehe..kami berdua memang pantang berduit lebih sikit,memborong kedai barangan bayi bagaikan tak ingat dunia!!main bedal je ambil baju mana yang berkenan, maklumlah sepasang tak sampai rm15.hehehe...bila balik rumah tengok2 dah terlebih suda...sampaikan suami saya menyuruh saya menghentikan pembelian baju2 si kecil...hehe...jantina bayi saya masih menjadi misteri.jadi kami hanya membeli baju yang 'straight cut' shj. tak ada yang kembang2 walaupun saya geram betul dengan baju kembang2 gitu...hihi..warna pula tak menjadi masalah,kami beli setiap warna yang ada di kedai tersebut...haha..memang gila kalau dan membeli...bulan depan pula saya ingin membeli katil dan almari khas buatnya...owh2...memang teruja!tapi saya telah membisikkan padanya supaya keluar mengikut due date,jangan terawal sudah...moga2 saya sempat menghabiskan peperiksaan akhir saya semester ini...bayi saya semakin aktif sekarang...perut saya juga semakin membesar sehingga baju2 kurung saya sudah tak muat dipakai lagi..terpaksa saya memakai jubah ataupun baju uniform org mengandung..hih...berat badan saya juga terlebih suda...huhu...saya memang berselera makan.sebab tulah bulat..kui3...nanti saya akan ceritakan perkembangan saya lagi ya....sambung kerja!!daaa....

Friday, January 29, 2010

~Giveaway post~

Salam...

Hari ini saya menjengah ke blog rakan saya ketika di UiTM Kuantan dahulu, kak Ila. Beliau ada mengepos entri berkenaan Delicated Fingers Giveaway sempena ulang tahun perkahwinan beliau yang ke 9. Happy Anniversary Kak Ila! Hadiah yang ditawarkan cukup menarik sehinggakan saya terpikat untuk mencubanya.heh..Memang hasil kerja kak ila cukup mengagumkan bagi orang seperti saya yang tak berapa berseni ini.hihi... Mari kita lihat hadiah yang ditawarkan:




Cute kan???heheh...

Wednesday, January 27, 2010

~Tickling..tickling...~

Salam...

Menjengah usia 6 bulan ini, bayi saya mula memberi respons positif apabila perut saya disentuh. Sekali dia menendang, saya akan mengeletek tempat yang ditendang itu. Menakjubkan bila bayi saya menendang semula di tempat yang sama!Seronoknya!Kalau dahulu bayi saya mengambil masa untuk membalas sentuhan saya,kali ini tidak lagi! Saya telah membaca artikel menegnai perkembangan bayi di usia 6 bulan ini. Ketika ini, bayi sudah dapat merasakan sentuhan. Oleh sebab itulah bayi boleh membalas sentuhan ibu dengan tendangan bertubi2!hehe... Saya juga semakin susah untuk tidur malam sekarang...Mata pejam, tetapi telinga masih mendengar macam2...huhu...Pagi2 bangun mengantuk...Nak pula, minggu ini suami saya ke Kota Bharu.Saya menumpang di rumah kawan saya. Memang kurang selesa bila tidur beralaskan toto sahaja...Owh...cepatlah Jumaat...boleh saya tidur sepuas2nya atas katil sendiri...Kami juga amat rindukan suami saya...papa oh papa...balik cepat...baby rindu mau main dengan papa!

Friday, January 15, 2010

~Almost 6 months..~

Salam semua...

Dah lama saya tak menjengah ke sini. Sibuk kononnya..hehe...padahal ketandusan idea yang melampau dan kemalasan yang berleluasa menyebabkan saya begitu malas untuk mengepos apa2 entri. Sekarang, kandungan saya hampir menjengah 6 bulan..bayi di dalam semakin terasa keaktifannya. Tulah saat2 yang paling saya hargai tatkala bayi mula menendang2. Kadang2 saya terlupa untuk 'bertegur sapa' dengannya,dia yang menegur saya dahulu. Seolah2 berkata, "Mama, i'm here!" hehe..kadang2 pula,bayi saya akan bereaksi jika ada suara asing selain dari suara papanya. Seolah2 bertanya, "Mama,siapa tu?". Owh, bijaknya dia... :)

Minggu ini saya telah memulakan kelas di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah, lega saya. Tak perlu lagi berulang alik ke Kuantan setiap minggu untuk menghadiri kelas. Kelas pertama saya malam tadi sangat memeningkan. Bukan pelajarannya, tetapi jalan untuk ke kelas tulah yang membuatkan saya keliru..haha..mujur saya menumpang kawan semalam. Kalau saya keseorangan, alamatnya tak jumpalah kelas saya.hihi...

Kelas Prof. Shad Saleem sangat menghiburkan. Mungkin inilah hikmahnya saya terpaksa mengulang semula subjek Consti II Semester ini. Peluang untuk belajar sendiri dengan pengarang 'novel' Document of Destiny sangat mengujakan. Kenapa saya katakan sebagai novel? Kerana buku tersebut tersangatlah tebal dan isi kandungannya sangat banyak dan sukar difahami.huhu...Semacam motivasi kepada diri sendiri bila menggelarkan buku itu novel..hehe...

Nama bakal bayi telahpun saya pilih...hehe...teruja menerima kehadiran orang baru dalam hidup kami. Barang2nya pula,mungkin bulan hadapan akan mula membelinya sedikit2. Masih memikirkan berapa bajet yang perlu dibelanjakan untuk si kecil itu...apa saja untukmu sayang!

Cukuplah setakat ini sahaja coretan saya kali ini. Semoga semester ini saya akan dapat memperbaiki keputusan peperiksaan saya yang lepas berkat menjadi seorang ibu...hehe...daaa...