Monday, July 11, 2011

~Hadiah besday & anniversary in advance~

Salam...


Menjelang tarikh kelahiranku pada 24.7 merangkap anniversary perkahwinan yg kedua kami ni, semalam incik suami bawak aku n si kenit ke The Mines Sri Kembangan. katanya nak carik seluar n baju raya. jenihnye mase bulan puasa awek tersayang tak dpt menemankan. haha..oklah aku kate. malam sebelumnya kami dah merendet ke Alamanda,kataku nak cari bekalan masa hadapan a.k.a novel utk dibaca masa dalam pantang. nyudahnye dapatla 3 biji novel yang setebal2 alam. haha. taktaula dapat ke tidak aku ngabihkan membaca. tapi biasenye dapat aje. hihi..incik suami pulak dah dapat 2 helai seluar kerja kat Dockers. sian bebenor aku nengok seluar kerja lama beliau dah koyak2. kat The Mines plak beliau nak mencari sehelai lagi seluar kerja n jeans n tshirt raya bagai. ikutkan aje. sementara aku masih larat. kalau dah melarat nanti langsung tak dapat g kan. haha..
so lepas zuhur means dekat2 nak kul 4 (haha) kami pun kuar la dengan semangatnye ke The Mines. ramainye orang beratur2 kat simpang The Mines itu. huhu..tapi sebab kesemangatan yang jitu kami merempuh segala kesesakan dengan jayanya. (aik,rempuh ke tempuh?haha). tujuan pertama kami pergi ke Levi's. incik suami la masih menyambung misi mencari Dockers kesayangan tapi sayangnye Dockers tak byk pilihan. jadi kami beralih ke seluar jeans pulak. pilih punya pilih,sampai wajdi ucuk pun dah bosan dan beberapa kali buat cubaan melarikan diri dari kedai (nasib baik mama sempat tangkap),makanya dapatla incik suamiku sehelai jeans,sehelai tshirt n sepinggang belt(apekah?).


setelah merabakkan poket sendiri (khas buat incik suami),kami berjalan2 menengok2 kedai jam. aku tak memahami kenapa incik suami beria2 nak masuk kedai jam. padahal jam beliau masih elok bangat kan. tapi memandangkan aku seorang isteri yang lurus dan jitu,aku diam ajela,katenye nak tengok2 aje. aku pun turut serta mengintai2 cermin luar kedai menyertai incik suami menengok jam yang comel. haha..tetibe incik suami mensajest supaya masuk ke kedai n pilih. what?jam utk aku?hahah takmaulah...jam aku cantik lagi. sayang..kang dibelinya jam beratus2 henggek,aku tak pakai pulak jam hantaran aku ni. tunggulah bila aku betul2 memerlukan jam baru,barulah aku minta padanya.heheh...(baik tak?baik tak?)


lepas tu kami berjalan2 lagi mengukur kedai. bila lalu depan kedai spek,terus incik suami kata,"ayang nak buat spek baru?gi lah masuk,nanti abang bayar." weeehhhuuu!tak terjangka!sebab malam sebelum tu aku tunjuk padanya spek aku yang dah uzur,2 tahun tak berganti. power pun dah naik. hehe. kebetulan Focus Point ade wat sale. bingkai n lense dalam 300++ je. selama ni aku wat spek tak penah tak cecah rm500,sebab power aku tggi. huhu..ni dah leh wat yang murah,skali ngan clip on.okla kan..hehehe..



Contoh ar..spek ngan clip on. imej sebenar tak sebegini. heheh..
Pas wat spek,kami menuju ke kedai Body Shop. aku memang request awal2 lagi nak perfume utk besday aku thn ni. dah usha awal2. hihik..taktaula nape aku tanak perfume jenis lain,mungkin sebab kalau beli yang sebotol tu just dapat satu je jenih wangiannye,kalau beli yg BS ni leh dapat 3x wangian yg berbeza,harga pun murah sket. 3 botol dapat less 10% x 3 lagi jadinya tak sampai rm150. hehehe... so inilah dia perfume yang aku pilih sempena besday aku thn ni:
EDT Chymara (memang aku sukes skali yang ini)




EDT White Musk (yang ni mahal skali sebab wangi sangat kott)


EDT Vanilla (yang ni incik suami yang pilih.beliau gemar yang ni)

Oklah, tu aje cte aku untuk sambutan besday & anniversary in advance aku thn ni. hihih...rabu lepas aku dah membelanja incik suami di restoran Saba' di Cyberjaya. hehe..besday kali ni even terpakse bagi hadiah awal,sambut awal,tapi aku rase dengan kelahiran bakal baby small yang masih seronok berenang2 dalam perutku ini,mestilah sambutannya lebih berganda2 kan! kami menjangkakan bb small akan keluar dalam minggu ni juga,(tak sabar sangat la kan..hihi). tapi taktaulah bila bb small nak kuar ni.false alarm dah acap kali dibaginya sampai mama terkalut2 tetibe.kui3..


Nota kecil:memang tak sabar menunggu kehadiran orang baru kali ni. lepas ni 3 tahun pulak nak buat yang lain..hihi yeke? yelah...dokter pon dah advise supaya mama berehat sebentar bersama-sama kit kat. besarkan budak berdua ni dengan full bf dulu,pastu baru boleh bagi adik baru.hehehe...

Monday, July 4, 2011

~Wajdi bakal jadi abang~

Salam...

Minggu ni masuk minggu ke 37 kandungan keduaku.ngeh3...kalau ikutkan Wajdi dulu,minggu ke 39 beliau keluar.adiknya ni ntahla,cuma aku bjaga2 saja,takutla juga dalam masa terdekat adik comel ni kuar pulak.hehe...perasaan?excited lain macam weh...seronok jugak..mungkin sebab baru je rasa pengalaman bsalin thn lepas,so thn ni rase macam best je.even pengalaman melahirkan Wajdi dulu ada jugak yg tak bestnye (huhu) tapi saat Wajdi keluar dari rahim aku,aku rasa tulah miracle yang Allah bagi.memang best utk dikenang...

Wajdi skang,kadang2 memang aku geraaaaammmm dgn perangainya.hehe...kdg2 bila letih mengejar beliau ke sana ke mari,letih 'bperang' masa nak pakaikan beliau baju lepas mandi,letih jerit2 tak bagi tgn beliau yg comel tu masuk dlm tong sampah, memang rasa nak suh beliau duk balik dlm womb ni diam2.hahaha...lately Wajdi dah makin panjang akal.makin dilarang makin dibuat.haiyoh!yg jadi letih bila aku tinggal bdua je ngn dia kat umah,or bila incik suami tgh leka wat kerja lain/men games/baca paper/tgk berita.tym aku tgh wat keje umah,tym tulah Wajdi tkedek2 ikut ke mana saje aku pergi.paling tak menahan,kalau aku tgh basuh kain/jemur kain kt blakang.hailaaa...dia pun seboookkkkk...dhla ngekor je mana aku pegi,bila aku nk masukkan kain dlm mesin,dia pun bwk keluar kain dr bakul,bwk merata2.kalau aku nak jemur kain pulak,hanger2 sume bkecah2 dibuatnya.haha...maunye mama Wajdi yang sedia lantang suara ni tak menjerit2 kt dapur?hahahha...



Papanya pulak,makin galak membeli mainan baru utk Wajdi.aku baru je beli kotak letak mainan utk dia aritu.takdela besar pon.agak muatla utk mainannya masa tu.tapi skang,sejak akhir2 ni kotak tu dah tak bleh tutup ok!full tank!hahah...mau taknye,beli kereta mainan sampai 6 biji skali beli.pastu keta tolak lagi,punch bag lg.sampai tahap aku kata,cukupla bang,anak tu sampai konpius nak main yg mane satu.hahaha...seronok sgt tgk anak reti nak main,b4 dis aku beli je mainan ape2, dia tak reti main pun.balik2 kotak tisu jugak ditolak2.huhu..skang bukan main lagi,keta yg boleh naik tu pun beliau tolak ngn tangan!hahahaha

ape lagi boleh ku katakan tentang anak sulung yang bakal menjadi abang ni ya?perangainya makin banyak yang tak terjangka.kadang2 sampaikan aku tinggi suara dengannya.tapi tak sampai tahap babab lagi.geram betul......dengan keadaan aku yang bulat terkedek2 buat kerja umah,ditambah pula dengan perangai Wajdi bucuk,takmau dengar cakap.ikut dan je apa dia nak buat.apa je yang dia rase nak explore,dia explore.haiyaaa...paling tak menahan,explore tong sampah ye!laju je tangan dia masuk dlm tong sampah,cari ape2 yg patut.haihhh...memang gerammmm..hahaha...


aku juga terisau2 ape reaksi dia bila kubawa balik adiknya dari spital nanti.setakat yang aku tau,dia nampak penyayang.yes.memang.bunyinya penyayang.tindakan mengorek mata atau hidung pada orang yang dia sayang mungkin akan diaplikasikan pada adiknya kelak.huhu..sampaikan kami sepakat membeli playpan untuk kegunaan masa hadapan.mungkin adiknya atau dia sendiri yang akan kumasukkan ke dalam playpan itu.salah seorang mesti berada di dalam.tidak boleh tidak.haha...



juga agak merisaukan sekiranya segala yang dipegang contohnya roti disapu kaya akan dimasukkan ke dalam mulut adiknya nanti.huhu.pernah satu hari,ketika aku tengah solat,Wajdi dengan selamba yaya datang kepadaku sambil cuba menyumbat2 roti kaya ditangannya.penuh mulutku dengan kaya.haha..terpaksa aku menghentikan solatku yang tak seberapa itu,sorok roti pada tgn dia n solat semula.nakal betulll.hihi...



aku takmau cerita lebih panjang lebar lagi kerana itu boleh menimbulkan kejengkelan.juga boleh menyebabkan diriku mengalami tiny bladder syndrome yang lebih hebat.haha.oleh itu kita sajikan dengan gambar2 di bawah:




Lasak bukan main



wajdi dengan gayanya tersendiri.hihi..





koleksi mainan wajdi.heheh


Nota kecil: bila bb small nak jumpa kami sume ni?tanda2 pun takda lagi haih..tak sabar!haha