Thursday, June 25, 2009

Tioman trip 2009



Salam...

Dah lama saya tak menjenguk di sini, sementelah begitu sibuk dengan pelbagai persiapan, oh ya, sebelum itu ingin saya khabarkan bahawa saya akan bergelar isteri pada 24 Julai ini. Insyaallah... perasaan? oh, tak dapat saya gambarkan. Semuanya saya rangkumkan menjadi satu perkataan yang amat sesuai buat masa ini. Serabut! Yelah, diri saya seakan tak terurus tika ini. huhu... tapi tak mengapalah, kahwin cuma sekali seumur hidup. Dan semestinya sebagai anak perempuan tunggal, saya inginkan hanya yang terbaik untuk majlis saya. hehe... ok, lupakan pasal perkahwinan. saya nak bercerita mengenai Persidangan pejabat saya yang diadakan baru2 ini di Pulau Tioman. apa yang saya dapat katakan, Best Sangat!!! Walaupun banyak perkara yang kurang best sepanjang persidangan, itu tak melemahkan perasaan teruja saya melawat pulau yang indah itu. Nak2 pula, hari terakhir persidangan telah terisi dengan aktiviti snorkeling! Wah! sangat teruja! Siapa kata orang yang tak pandai berenang dan rabun seperti saya tak boleh menikmati saat2 indah di tengah laut? haha... see the leg la... walaupun bkayuh dengan pelampung dan life jacket, google pula berlapis dengan cermin mata, saya dan kawan2 tetap enjoy melakukan aktiviti snorkeling!!! macam biasa, saya titipkan beberapa gambar buat tatapan semua:



Masa ni kami di Taman Laut..



Happynya kami...



Tak sabar2 nak tengok ikan!




Ok, setakat itu saja, nanti saya akan kongsi lagi cerita menarik buat tatapan kamu semua!