Friday, January 15, 2010

~Almost 6 months..~

Salam semua...

Dah lama saya tak menjengah ke sini. Sibuk kononnya..hehe...padahal ketandusan idea yang melampau dan kemalasan yang berleluasa menyebabkan saya begitu malas untuk mengepos apa2 entri. Sekarang, kandungan saya hampir menjengah 6 bulan..bayi di dalam semakin terasa keaktifannya. Tulah saat2 yang paling saya hargai tatkala bayi mula menendang2. Kadang2 saya terlupa untuk 'bertegur sapa' dengannya,dia yang menegur saya dahulu. Seolah2 berkata, "Mama, i'm here!" hehe..kadang2 pula,bayi saya akan bereaksi jika ada suara asing selain dari suara papanya. Seolah2 bertanya, "Mama,siapa tu?". Owh, bijaknya dia... :)

Minggu ini saya telah memulakan kelas di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah, lega saya. Tak perlu lagi berulang alik ke Kuantan setiap minggu untuk menghadiri kelas. Kelas pertama saya malam tadi sangat memeningkan. Bukan pelajarannya, tetapi jalan untuk ke kelas tulah yang membuatkan saya keliru..haha..mujur saya menumpang kawan semalam. Kalau saya keseorangan, alamatnya tak jumpalah kelas saya.hihi...

Kelas Prof. Shad Saleem sangat menghiburkan. Mungkin inilah hikmahnya saya terpaksa mengulang semula subjek Consti II Semester ini. Peluang untuk belajar sendiri dengan pengarang 'novel' Document of Destiny sangat mengujakan. Kenapa saya katakan sebagai novel? Kerana buku tersebut tersangatlah tebal dan isi kandungannya sangat banyak dan sukar difahami.huhu...Semacam motivasi kepada diri sendiri bila menggelarkan buku itu novel..hehe...

Nama bakal bayi telahpun saya pilih...hehe...teruja menerima kehadiran orang baru dalam hidup kami. Barang2nya pula,mungkin bulan hadapan akan mula membelinya sedikit2. Masih memikirkan berapa bajet yang perlu dibelanjakan untuk si kecil itu...apa saja untukmu sayang!

Cukuplah setakat ini sahaja coretan saya kali ini. Semoga semester ini saya akan dapat memperbaiki keputusan peperiksaan saya yang lepas berkat menjadi seorang ibu...hehe...daaa...

2 comments:

missricky said...

seronok nyer bakal ibu ni yer.. hehehe.. tp bakal auntie ni pn excited gak nk tgu baby kuar.. hehehe....

Puan Chomel said...

bakal auntie tu seronok nak beli hadiah besar utk bb kan?hehehe....