Thursday, December 13, 2012

DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA


Salam...
Tolong sampai-sampaikan ...Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala)orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.

Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

#Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara islam yang lain.Ilmu yang bermanafaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarkannya meskipun dia sudah mati.

Thursday, December 6, 2012

Update kenits

Salam..

Lama tak update. Kali ni just nak tayang video kenitsku bergumpalan di rumah. Dengan rumah2 skali bergelimpangan.hihihi...


Riang sekali mereka berdua. Dalam pada riang2 tu sempat jugakla si abang geget tangan adek berkali-kali. Kalau orang tengok lengan adek tu mesti org tuduh mak ayah dia yang dera. huhu... sian adek...

Tuesday, July 24, 2012

Saya sudah besar!


Entry kali ini hanya untuk keseronokan aku yang menyambut hari lahir ke-28 hari ini. sapa tak suka sila pilih untuk baca entry lain.haha..

Yeah, aku telah mencapai umur 28 tahun hidup di dunia. Alhamdulillah... selama 28 tahun hidup ni, macam2 nikmat dunia Allah dah bagi. Thanks Allah for all the happiness i've got in life. 

Sambutan hari lahir tahun ni biasa2 aje, sebabnya? besdayku jatuh pada hari ke-4 bulan ramadhan! T_T

tapi takpe, teman sebantal dah janji nak bawak makan sesedap lepas raya.hehe..takdela lagi ke arah kegemilangan 45kgs.kuang2..

Oh ya, lupalak, hari ni juga tarikh anniversary perkahwinanku yang ke-3. Alhamdulillah.. syukur.. umur 28 tahun, diriku punya segala-galanya. Punya keluarga yang sempurna, suami yang cumil, anak2 yang hensem (eh bukan terbalik ke?tanak ah nampak sangat ku memuji suamiku di khalayak ramai.haha

Sempena hari lahirku juga, aku dah mencuba masakan baru iaitu kuay teow kungfu!haha puas berkungfu, sementara menunggu waktu berbuka, aku berkata kepada incik suami:

Aku: Abang, kalau masak arini tak sedap mintak mahap ye..(buat muka comel seposen) 0__0

Incik Somi: :))

Aku: Sempena esok hari jadi saya yang ke doplohlapan, saya cuba buat kuey teow kungfu!ngeh3...

Incik somi: (fikir jap) em.. kalau tak sedap takpe, MAGGI kan hade...

Aku: *tsktsktsk*

haha sweet kan? redha tahap gaban!

sebab somiku sangatla redha, aku telah menjampi berdoa supaya kuay teowku sedap. haha alhamdulillah...sedap dan somi cakap tak perlu buat upgrading.haha.maknanya dah sampai ke tahap makcik2 tukang masak kat restorenkah?wahahahah...sorry sangat aku tak dapat mentayangkan gambar kat sini sebabnya aku update blog guna pc opis.takleh bergigi biru... T__T

Sebelum tido, aku menunggu2 ucapan khas dari rumetku. tapi beliau buat taktau aje.tsktsktsk..borak2 perkara biasa, melayan budak Wajdi yang takmo tdo..dalam hati aku, cepatlah wish..cepatlah wish..haha..teruk betul..

Tak lama lepas tu, doaku dimakbuklan. makanya terjadilah dialog seperti di bawah:

IS: Happy birthday mama...and happy anniversary too..

Aku: ngehehe...tenkiu!*blush*

IS: nanti papa banje mama makan sedap lepas raya okeh, sebab sekarang ni bulan posa.wakakaka...

Aku: Cis.

haha. itulah kesudahannya. 

Tetibe rasa tak sabar nak habis posa, nak makan ni:


kat sini:


kikiki...kbai...

Friday, July 20, 2012

Entry tentang makan,makanan,puasa

Salam..

Sedar tak sedar esok kita dah nak puasa, alhamdulillah...jumpa balik kita dengan Ramadhan tahun ni. mungkin tahun depan, tahun seterusnya kita takkan ketemu dengan Ramadhan lagi. who knows? so Ramadhan kali ni kita tingkatkan amalan kita. Seolah2nya ringankan bahu kiri, beratkan bahu kanan. kurangkan mengumpat (aku pun terjebak skali), kurangkan maksiat mata, hati, lidah dan semua2nya.kita bukanlah maksum, tapi kita boleh cuba untuk menjadi lebih baik dari sekarang. Insyaallah...

Sempena menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak kali ni, dua kali dah aku menyertai pertandingan memasak opis aku.eh?overnya.haha..taklah, potluck je.pertama skali potluck sempena besday aku n 2 org kawan aku yang menyambut besday bulan Julai. kiranya potluck Unit ajelah. besday kali ni aku sambut dalam bulan posa.haha.so kita celebrate in advancelah. aku masak makaroni goreng style aku (masih belum beri nama.nak tolong beri nama sila isi borang). mula2 aku berdebar juga, takut tak laku.haha yela sapelah aku nak banding ngan kawan2 yang lebih senior dan berpengalaman luas dalam bidang masakan ni.kawen pon baru 3 tahun.haha..tapi rupanya habesss makaroni aku..so takdelah gambar nak ditayangkan. kalau tak habis mungkinlah aku dapat mentangkap gambarnya buat kenangan.haha..


Hari ni plak, potluck bahagian.adoi berdebar sungguh makcik nak masak ni nak..haha...pk punya pk, aku pun masak mende alah ni:


menatang apekah ini?

KUEY TEOW GORENG! hahaha

sejak malam lagi aku ketung ketang ketung ketang menyediakan bahan memasak. siap kunci jam kul 5.15 nak bangun masak awal2.haha.tapi sayang seribu kali sayang, mataku terbuka secara penuh jam 6.15 pagi.cis cis ciskek!terus aku amik henpon n minta bantuan talian hayat kat member baik.hihi...

Fuh!nasib baik jadi juga kuey teow gorengku ini. aku sangat neves sebab aku tak penah masak 3 bungkus kuey teow sekaligus.haha.

Masa makan, aku sangat berdebar2 menunggu reaksi daripada kawan2.adoiyai.mengada dan over walaupun dalam hati adalah common bagi seorang aku.kahkahkah.. dan pabila kawanku menunjuk isyarat ibu jari instead of jari tengah, aku pun kelegaan dan terus menyambung makan sampai perut sendat!haih, memangla mewah kalau bab2 makan ni.hadoi!tak insaf langsung!(eh,bukan ke kt atas tadi aku bagi tazkirah?)

oklah, stoplah pasal makan2 ni.mencilah,bisa buat perut lapar semula.(apakah?)

Ok u olls, jangan skip2 posa tanpa sebab, dan jangan tinggal solat. tak guna kau puasa kalau kau tak solat.(ingatan murni sambil menseriuskan diri)

Kbai. Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh!

Wednesday, July 18, 2012

Cerita ulang tahun ke-3 perkahwinan

Dear my darling hubby,

3 tahun perkahwinan kita, saya ada banyak senarai ucapan terima kasih buat abang:



Abang,

Terima kasih kerana menikahi saya, terima kasih kerana menjadi man of my heart, my king in heart, my superhero, my "candu", my bestfriend, my kawan gaduh, my everything.

Terima kasih kerana menjadi papa paling superb untuk heroes kita:





Terima kasih kerana sanggup mendengar "kicauan" dari seorang yang bernama isteri ini setiap hari. tanpa ada rasa jemu, atau rimas mendengar apa saja cerita dari saya setiap hari.

Terima kasih kerana sudi menjadi juri kepada "masterchef in house" ini, even pernah terkena keracunan makanan kerana makan sotong masakan saya satu ketika dahulu (sampaikan kita berdua serik nak beli sotong lagi.hihi), tapi abang tetap setia menjadi tukang rasa dan tukang kritik masakan saya. walaupun kadang2 kritikan itu sangat pedih untuk kutelan.kahkahkah..

Terima kasih kerana sudi menemani saya ketika melahirkan dak adek dulu, even saya tau abang sangat mengantuk dan tangan abang sakit sebab saya genggam kuat kuat.haha

Terima kasih kerana sudi pinjamkan bahu abang buat saya, bila saya perlukannya.

Terima kasih kerana sudi menegur silap saya, sama ada dari segi agama, dari segi tingkah laku, walaupun kadang kadang saya tak berubah pun, tapi saya cuba juga untuk berubah, u know. bukan senang nak menjadi yang terbaik, tapi menjadi lebih baik adalah usaha yang berterusan setiap hari.

Terima kasih kerana sudi menitipkan doa buat saya dan anak anak setiap hari, semoga keluarga kita sentiasa dalam lindungan-Nya.

Terima kasih kerana cuba berhenti merokok, hanya untuk saya dan anak anak. I really appreciated it.

Terima kasih kerana tidak selalu mengikut kehendak saya, kerana kehendak saya kalau selalu sangat diikut akan membinasakan kita, abang tahu itu dan abang tahu untuk mengawal nafsu serakah berbelanja saya.haha

Terima kasih kerana abang sentiasa cuba manjaga hati saya, tatkala saya buat cubaan meminta yang bukan bukan, yang diluar kemampuan abang. Kadang kadang saya bukan nak sangat pun, tapi saja try test market.kahkahkah

Terima kasih kerana jadi rakan terbaik saya untuk 3 tahun ini. Saya harap abang akan jadi rakan terbaik sehingga akhir hayat saya.

With lots of love,

Your darling wifey...

Happy birthday my boy!

Salam...

Tersangat sibuklah lately. tapi berusaha juga menghapdet blog ini secara laju laju.hihi..

last year, at this time aku sedang berehat2 di katil wad Jasmin 6, Hospital Pakar Annur Bangi setelah selesai melahirkan seorang lagi hero kesayangan, Haris Firdaus. sekarang, dah setahun berlalu dan si Firdaus dah semakin membesar seiring dengan abangnya Wajdi. haih anak, sekejapnya masa berlalu.. dulu kamu kecil macam ni:


Sekarang:



Perkembangan yang paling memberangsangkan bagi seorang Firdaus sekarang ni ialah:

a) Pandai bergurau dengan abang n sesiapa saja. contohnya, kumbahkan kain yang belum berlipat n longgok atas kepala abangnya atau kepala dia sendiri. main cak cak konon.hahaha.
b) ambil telefon mama, letak kat telinga, sambil cakap, "aaahhhh!aaahhh!" dengan suara dia yang kasar tu.ala-ala call orang la tu.hik

c) segala makanan yang diberi semua nak makan sendiri. bila orang kasi biskut or even kuay teow pon, dia amik, n suap dengan tangan kanan. clever boy!

d) sangat suka main air.letak jela dalam bath tub, or kolam mainan  dia tu, sure ditepuk2 air dengan pebuh semangat! 

e) selalu dikenat abang. kejap2 nangis. kejap2 nangis. maknya pulak, dah tau tanda dia kena apa ngan abangnya melalui nada tangisan. dak adek ni ada special tune kalau kena gigit dengan abang. kalau setakat kena ketuk tu biasa. nada tangisan dia pun berbeza.hihi

f) dah berjalan laju. sambil ketawa, sambil menangis, sambil makan, kau cakap aje. seme dia boleh buat. hahaha
banyak lagilah kepandaian anak bertuah ni. bab-bab berebut nenen or barang ngan abang, paling common. dah biasa dengar dah dorang bergaduh.adoi.hahah

Happy 1st birthday sayang! semoga jadi anak soleh, jadi kebanggaan keluarga dan tahfiz al-quran macam abang nanti..aminnnn....




Tuesday, May 8, 2012

Backdated post- kelahiran kedua

Salam...

kali ni nak cte pasal kelahiran Firdaus. dulu nak cte tapi tak tercte sebab teramatla seboknya seorang aku ini.haha.now anakku yang kedua itu dah nak masuk 10 bulan, dah mula belajar2 nak berdiri,sambil menunjukkan 4 batang gg kontotnya.haha.meh meh dengar cte, moga besar nanti anakku dapat membacanya:

17 Julai 2011

sejak semalam mama dah mula rasa sakit2 perut. tapi mama buat tak tau aje, sebab tau tu false alarm. dan tanak terlalu awal pegi spital. yela, dulu masa abg ajdi mama selok sgt nak ke spital.haha.ni relek je, sejak seminggu lalu bukaan dah 1cm. so mama tggu jelah sakit yang sebenar2. hope kali ni mama tak lupa rasa real contraction.huhu

menjelang petang, mama dah mula sakit kuat, dan kerap. so mama tanya papa, perlu tak mama nak call atok utk amik abg ajdi bwk balik kg dulu?papa tanya dah sakit sgt ke, mama kata rasanya adek dah nak kuar kalau tak hari ni, esok. so papa kata oklah. mama terus call atok. atok  pon nenoneno teros datang amik abg ajdi petang tu. malam atok n wan bertolak balik temerloh sebab esokya atok n wan kerja.makanya malam tu buat pertama kalinya abg ajdi tak tdo dengan mama n papa.sedihnya mama tapi memikirkan kemungkinan besar malam nanti mama pegi spital, so mama terpaksa rela bagi abg ajdi blk kg dulu.huhu

lepas isyak, lepas abg ajdi ikot atok n wan blk kg (sedih!), mama bsiap2 nak g spital pulak. kali ni, mama pilih siap2 nak bsalin kat hospital pakar annur bangi. sebab tanak kejadian lalu berulang.huhu.bukan pasal kene marah tu yang mama kisahkan sangat, tapi pasal dokter lelaki tu. papa pun dah kumpul duit siap2 dari awal untuk mama bsalinkan adek kt spital swasta dan yang paling penting boleh dapatkan khidmat doktor wanita muslim (wajibul ghunnah bagi sang suami ya!).

otw g spital, mama siap bleh gelak gelak n cte macam2 lagi kt papa.sampai papa tanya, eh, ni nak g bersalin ke tidak ni?macam tak sakit je?hahahah.sebenarnya mama tengah menahan sakit contraction tu, kaver beb.haha.klu dilayan mmg sakit sampai kuar air matelah.hik.

sampai hospital, mama terus di bawa ke labour room.prosedur biasalah. bukaan 2cm baru.then nurse suh register ward. papa pun melaksanakan tugasnya sementara mama duk baring2 relek2 layan contraction kat dlm labour room. siap leh borak2 ngan nurse lagi.haha.

dalam kul 11, mama ditolak masuk ke ward. dapatlah merasa duk bilik single.haha.melayang duit papa tapi demi keselesaan papa pejam jela mata.hik.yela kan penat mama ngandungkan adek, ape salahnya berabih duit sket kan.hek3


marilah menahan sakit.huhu

18 Julai 2011

ding dong ding dong, dalam kul 2 mama sakit contraction paling hebat skali.pastu mama pon dibawa masuk ke labour room semula.duk dalam tu ngan papa.sakitnya tak dapat bayang.tapi kurang sikit sebab papa sentiasa ada temankan mama. air mata mengalir pun ok je lagi sebab kekuatan mama ada kt sebelah.nurse dua kali tanya mama nak amik epidural ke? sebab dia tgk mama tahan sakit sampai menangis2.papa kata amiklah,sakit sangat tu gayanya. memang sakit pun.n langsung takleh bg keputusan. last2 mama ikut jela,cucuk epidural.yg tu pon sakit jugak masa cucuk tu.haila.tapi lepas tu lega la.langsung tak rasa contraction.haha.sampai mama tanya cane nak tau bb nak kuar?nurse kata, nanti mama akan rasa macam nak terberak buang air besar.oooo...ok,mama tggu je dengan sabar perasaan nak berak tu.haha.

dalam kul 3.30, mama mula rasa nak terberak. rupanya dah sampai masa melahirkan adik.dah sampai masanya kita btemu, adik.mama gembira sangat.mama bertekad tanak amik masa lama nak kuarkan adik.susah jugak nak meneran even emosi terjaga,n dah ada pengalaman.sebab napas pendek.hihi.mama genggam tangan papa kuat2.taktaulah sakit ke tak tangan papa.hihi.

dalam kul 4.06 pagi, mama selamat melahirkan adik.comel.putih.bulat.sepet.hihi.suara adik kuat sekali.alhamdulillah..mama syukur sangat2.mama hepi mama dah berjaya lahirkan sorang lagi khalifah Allah.hehe. 


first pic captured

kita berkampung kat spital dua hari.mama tak rasa susah pun kali ni.mama tak rasa sakit sangat,mama kuat n cergas.mungkin sebab mama terpaksa jaga dua orang baby sekaligus, so mama jadi lebih kuat dari masa mama lahirkan abg ajdi dulu.hehe..


kat kampung




mama harap, adik n abang sentiasa sayang menyayangi antara satu sama lain.sampai bila2.macam ni:


even kekadang kamu berdua macam ni:


tapi kamu tetap selalu boleh jadi macam ni:


MAMA PAPA SAAAAYANG KAMU BERDUA!!!

Updating Harith Wajdi

Salam...

LAMA GILAAA kot tak update blog...huhuhu rindu...mujur masih ingat password blog.kah3.last update bulan 11 last year.ni dah setengah tahun baru nak taip cte baru plak.mesti peminat rindu.hmm ade ke??hahaha...

Skang anak2 dah makin besar,paknya dah makin taff berkat makan hasil air tangan si maknya.maknya pulak?makin bulatkah?hahah.ish manede..kan dh pakai PB.hahahah...ah ye,ingat orang pakai PB tu kurus sgt ke?gendot jugak aku tgk perut aku.kahkahkah jual balik kang dak PB ni.haha.kau yang tak reti jaga makan,kau marahkan PB kau plak.cis.

Now Ajdi dah umo DUA TAHUN!yeaaa...saya berjaya membesarkan anak saya selama dua tahun!yess..hik...rasa macam baru semalam lahirkan dia,rasa macam baru semalam tragedi Hospital Kajang berlaku. tragedi terburuk dalam dunia perubatan seorang aku.cerita di sini http://www.shydapexi.blogspot.com/2011/03/almost-year.html.cis.cis.cis.tapi alhamdulillah,even pengalaman buruk kuhadap semasa melahirkan Ajdi, namun diriku berjaya membuktikan bahawa aku bukanlah seorang ibu yang lemah.ish.apedahakumengarut...

Baru ni masa besday Ajdi yang ke dua tahun, aku buat amal jariah bagi kekanak di nursery tu goodies,ada kapkek n lolis from Nur Heaven, my besfren buatkan.harga n rasa amatlah berbaloi2.hehehe...pastu adala junkfood yg tak bape nak junkfood sgt dlm tu (yeke?haha), ngan air kotaknya,huh penuh n sendat plastik goodies tu.bestnya jadi bebudak bila dapat mak budak yg tlebih eksaited ceggini.hahah.takde potong2 kek tiup2 lilin,papanya pon tanak besekan wat celebration cam org barat tu.mamanya ok je,no hal.hehe.so bagi goodies dgn niat nk bsedekah di hari jadinya cukuplah.tu pon dia seronok (kot?) sebab chegu bagitau kt skool ada sambutan besday jugak masa bagi goodies tu.okla tu kanak2..hepi kan..hehe..


Goodies utk kengkawan

Dah masuk umur dua tahun ni, Ajdi dh makin cerdik.sangat2! cerdik ikut usia dialah.cakap makin banyak ikutmakdia. setiap hari ada je mende dia cakap yang kadang2 aku misunderstand jugak.haha.pastu marah.pastu nangis.haha mmg geram tapi sabo je..kadang2 perangai beliau mmg mencabar kesabaran mama yg setipis kulit bawang ni.nak2 pulak bila beliau dengan happynya buat camni:


dan adiknya pulak akan camni:


mamanya?


kompang je!hahahaha

sekarang dengan bangganya aku membagitahu bahawa Ajdi masih belom wean off dari menyusu badan.my mum banyak kali suruh stop,tapi bagi aku biarlah asal dia suka.mau tak suka?adik seblah,dia seblah,rebot rebot.haha..tu saat paling bahagia aku rasa.takpela susah sket asalkan saat2 indah camtu aku bleh nikmati.hik.lagipun Ajdi akan makin besar,nanti satu masa dia akan wean off sendiri.hehehe..

kegemaran Ajdi sekarang ialah KERETA dan BAS!tapi kat umah memang baanyak keta2 tersadai.lamborghini,ferari,mahupun trucks2 bese yang menghiasi jalan2 dan laluan mak dan bapaknya.hah pilih pilih nak hamek yang mana.hahah.bas pulak,adela sebiji je kat umah ni.yang berbiji2 ialah bas2 di jalanan.seme bas beliau.yeee...seme okayyyy!



kete dan trak


his new ferraries

Ajdi jugak terer bab2 mensorokkan barang2 sendiri mahupun barang2 orang lain.kalau sikat tu tak payah cakaplah.memang selalu hilang.kete2 dia pon sama.dia sorok dalam plastik pamperslah, bonet kete dialah,dalam bakul kain, dalam playpen, celah2 tilam pon jadi.kadang2 nak tergelak pon ada.kemas2 ade je jumpa ape2.kadang2 dia yang sorokkan, dia tanya kt kita balik, "mama, te di ane?(kete ajdi mana?)". yang si mama pon terbongkok2la mencari.tak jumpa tau.haha.last2 dia g cari, jumpa.rupa2nya celah tilam.hahaha.

bila aku or incik somi nak solat, beliaulah manusia paling sebooookkkk skali:


sujud ngan papa


nilah makmum masbuq.imam dah sudah dia masih tunggang terbalik solat. sila zoom kat tangan dia.hahahah

kalau ikutkan memang baaanyak lagi nak citer perihal anak sulung kesayangan yang dah umo "uweeeee aunnnnn" ni (sambil jari tunjuk lima jari.haha).tapi takpela lenkali pulak.belum masuk bab dia menyakat adek bulat lagi.memang naik darah mama dia hari2.haha..takpela kita layan gambar dulu:


nak ikut mama solat.tapi salah faham-boy tak payah pakai tudung syg!


why me?why why why????


handsome?please refer to my papa!

Mama harap, Ajdi jadi insan berguna bila besar nanti ya!mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2 mama..aminnnnn