Wednesday, July 18, 2012

Cerita ulang tahun ke-3 perkahwinan

Dear my darling hubby,

3 tahun perkahwinan kita, saya ada banyak senarai ucapan terima kasih buat abang:



Abang,

Terima kasih kerana menikahi saya, terima kasih kerana menjadi man of my heart, my king in heart, my superhero, my "candu", my bestfriend, my kawan gaduh, my everything.

Terima kasih kerana menjadi papa paling superb untuk heroes kita:





Terima kasih kerana sanggup mendengar "kicauan" dari seorang yang bernama isteri ini setiap hari. tanpa ada rasa jemu, atau rimas mendengar apa saja cerita dari saya setiap hari.

Terima kasih kerana sudi menjadi juri kepada "masterchef in house" ini, even pernah terkena keracunan makanan kerana makan sotong masakan saya satu ketika dahulu (sampaikan kita berdua serik nak beli sotong lagi.hihi), tapi abang tetap setia menjadi tukang rasa dan tukang kritik masakan saya. walaupun kadang2 kritikan itu sangat pedih untuk kutelan.kahkahkah..

Terima kasih kerana sudi menemani saya ketika melahirkan dak adek dulu, even saya tau abang sangat mengantuk dan tangan abang sakit sebab saya genggam kuat kuat.haha

Terima kasih kerana sudi pinjamkan bahu abang buat saya, bila saya perlukannya.

Terima kasih kerana sudi menegur silap saya, sama ada dari segi agama, dari segi tingkah laku, walaupun kadang kadang saya tak berubah pun, tapi saya cuba juga untuk berubah, u know. bukan senang nak menjadi yang terbaik, tapi menjadi lebih baik adalah usaha yang berterusan setiap hari.

Terima kasih kerana sudi menitipkan doa buat saya dan anak anak setiap hari, semoga keluarga kita sentiasa dalam lindungan-Nya.

Terima kasih kerana cuba berhenti merokok, hanya untuk saya dan anak anak. I really appreciated it.

Terima kasih kerana tidak selalu mengikut kehendak saya, kerana kehendak saya kalau selalu sangat diikut akan membinasakan kita, abang tahu itu dan abang tahu untuk mengawal nafsu serakah berbelanja saya.haha

Terima kasih kerana abang sentiasa cuba manjaga hati saya, tatkala saya buat cubaan meminta yang bukan bukan, yang diluar kemampuan abang. Kadang kadang saya bukan nak sangat pun, tapi saja try test market.kahkahkah

Terima kasih kerana jadi rakan terbaik saya untuk 3 tahun ini. Saya harap abang akan jadi rakan terbaik sehingga akhir hayat saya.

With lots of love,

Your darling wifey...

No comments: