Tuesday, July 24, 2012

Saya sudah besar!


Entry kali ini hanya untuk keseronokan aku yang menyambut hari lahir ke-28 hari ini. sapa tak suka sila pilih untuk baca entry lain.haha..

Yeah, aku telah mencapai umur 28 tahun hidup di dunia. Alhamdulillah... selama 28 tahun hidup ni, macam2 nikmat dunia Allah dah bagi. Thanks Allah for all the happiness i've got in life. 

Sambutan hari lahir tahun ni biasa2 aje, sebabnya? besdayku jatuh pada hari ke-4 bulan ramadhan! T_T

tapi takpe, teman sebantal dah janji nak bawak makan sesedap lepas raya.hehe..takdela lagi ke arah kegemilangan 45kgs.kuang2..

Oh ya, lupalak, hari ni juga tarikh anniversary perkahwinanku yang ke-3. Alhamdulillah.. syukur.. umur 28 tahun, diriku punya segala-galanya. Punya keluarga yang sempurna, suami yang cumil, anak2 yang hensem (eh bukan terbalik ke?tanak ah nampak sangat ku memuji suamiku di khalayak ramai.haha

Sempena hari lahirku juga, aku dah mencuba masakan baru iaitu kuay teow kungfu!haha puas berkungfu, sementara menunggu waktu berbuka, aku berkata kepada incik suami:

Aku: Abang, kalau masak arini tak sedap mintak mahap ye..(buat muka comel seposen) 0__0

Incik Somi: :))

Aku: Sempena esok hari jadi saya yang ke doplohlapan, saya cuba buat kuey teow kungfu!ngeh3...

Incik somi: (fikir jap) em.. kalau tak sedap takpe, MAGGI kan hade...

Aku: *tsktsktsk*

haha sweet kan? redha tahap gaban!

sebab somiku sangatla redha, aku telah menjampi berdoa supaya kuay teowku sedap. haha alhamdulillah...sedap dan somi cakap tak perlu buat upgrading.haha.maknanya dah sampai ke tahap makcik2 tukang masak kat restorenkah?wahahahah...sorry sangat aku tak dapat mentayangkan gambar kat sini sebabnya aku update blog guna pc opis.takleh bergigi biru... T__T

Sebelum tido, aku menunggu2 ucapan khas dari rumetku. tapi beliau buat taktau aje.tsktsktsk..borak2 perkara biasa, melayan budak Wajdi yang takmo tdo..dalam hati aku, cepatlah wish..cepatlah wish..haha..teruk betul..

Tak lama lepas tu, doaku dimakbuklan. makanya terjadilah dialog seperti di bawah:

IS: Happy birthday mama...and happy anniversary too..

Aku: ngehehe...tenkiu!*blush*

IS: nanti papa banje mama makan sedap lepas raya okeh, sebab sekarang ni bulan posa.wakakaka...

Aku: Cis.

haha. itulah kesudahannya. 

Tetibe rasa tak sabar nak habis posa, nak makan ni:


kat sini:


kikiki...kbai...

3 comments:

azura samsuddin said...

hapy anniversary and happy birthday haida .... neway d one steak tu sedap makanannye g penting murah tp sedappppp hehehhe

Puan Chomel said...

tenkiuss....ok nanti akan kucuba.hehe

mama aini said...

bestnya anniversary & bezday hari yg sama..slm kenal dr mama..