Wednesday, August 12, 2009

~Cloud 9~

Salam....

Baru semalam saya mengepos entri berkenaan dengan 'perpisahan sementara' saya. Di sini saya ingin khabarkan satu berita gembira. Petang semalam, saya menerima panggilan daripada pihak HQ. Beliau memberitahu saya telah dapat bertukar ke Putrajaya berkuat kuasa 17 Ogos ini. Owh...owh! Dalam teruja, saya merasa sedikit kecewa kerana saya tidak dapat bertukar ke Shah Alam. Segera saya khabarkan berita baik ini kepada suami dan ibu bapa saya. Nampaknye suami saya juga agak tersentak, memandangkan kami masih baru berkahwin dan kedudukan kewangan masih belum stabil, mencari rumah sewa sementara saya belum mendapat kuarters agak memeritkan.

Petang semalam sebelum saya balik, saya menerima faks daripada HQ. Owh, bukan hanya saya seorang yang bertukar. Ramai juga yang bertukar ke tempat lain. Cepat2 saya melihat siapa yang berjaya merampas 'kerusi panas' di Shah Alam. Hish. Saya merungut2bila melihat namanya. Yelah, saya tahu dia tiada komitmen seperti saya. Kelebihan dia cuma kerana dia senior setahun daripada saya. Nak kata dia sudah kahwin, tidak. Nak kata pejabat lama dia jauh di seberang sehingga menyukarkan dia untuk ke kelas di Shah Alam, tidak juga. Geramnye. huhu...tapi itulah, rezeki masing2..

Sekarang, saya sedang sibuk menyiapkan kerja2 saya. Saya juga akan memohon penangguhan tarikh bertugas di sana kerana saya perlu menyelesaikan nota serah tugas dan so on. Juga, saya perlu mencari rumah sewa di sekitar Putrajaya buat sementara. Kawan2, sila doakan saya ya!