Menjelang tarikh kelahiranku pada 24.7 merangkap anniversary perkahwinan yg kedua kami ni, semalam incik suami bawak aku n si kenit ke The Mines Sri Kembangan. katanya nak carik seluar n baju raya. jenihnye mase bulan puasa awek tersayang tak dpt menemankan. haha..oklah aku kate. malam sebelumnya kami dah merendet ke Alamanda,kataku nak cari bekalan masa hadapan a.k.a novel utk dibaca masa dalam pantang. nyudahnye dapatla 3 biji novel yang setebal2 alam. haha. taktaula dapat ke tidak aku ngabihkan membaca. tapi biasenye dapat aje. hihi..incik suami pulak dah dapat 2 helai seluar kerja kat Dockers. sian bebenor aku nengok seluar kerja lama beliau dah koyak2. kat The Mines plak beliau nak mencari sehelai lagi seluar kerja n jeans n tshirt raya bagai. ikutkan aje. sementara aku masih larat. kalau dah melarat nanti langsung tak dapat g kan. haha..
so lepas zuhur means dekat2 nak kul 4 (haha) kami pun kuar la dengan semangatnye ke The Mines. ramainye orang beratur2 kat simpang The Mines itu. huhu..tapi sebab kesemangatan yang jitu kami merempuh segala kesesakan dengan jayanya. (aik,rempuh ke tempuh?haha). tujuan pertama kami pergi ke Levi's. incik suami la masih menyambung misi mencari Dockers kesayangan tapi sayangnye Dockers tak byk pilihan. jadi kami beralih ke seluar jeans pulak. pilih punya pilih,sampai wajdi ucuk pun dah bosan dan beberapa kali buat cubaan melarikan diri dari kedai (nasib baik mama sempat tangkap),makanya dapatla incik suamiku sehelai jeans,sehelai tshirt n sepinggang belt(apekah?).
so lepas zuhur means dekat2 nak kul 4 (haha) kami pun kuar la dengan semangatnye ke The Mines. ramainye orang beratur2 kat simpang The Mines itu. huhu..tapi sebab kesemangatan yang jitu kami merempuh segala kesesakan dengan jayanya. (aik,rempuh ke tempuh?haha). tujuan pertama kami pergi ke Levi's. incik suami la masih menyambung misi mencari Dockers kesayangan tapi sayangnye Dockers tak byk pilihan. jadi kami beralih ke seluar jeans pulak. pilih punya pilih,sampai wajdi ucuk pun dah bosan dan beberapa kali buat cubaan melarikan diri dari kedai (nasib baik mama sempat tangkap),makanya dapatla incik suamiku sehelai jeans,sehelai tshirt n sepinggang belt(apekah?).
setelah merabakkan poket sendiri (khas buat incik suami),kami berjalan2 menengok2 kedai jam. aku tak memahami kenapa incik suami beria2 nak masuk kedai jam. padahal jam beliau masih elok bangat kan. tapi memandangkan aku seorang isteri yang lurus dan jitu,aku diam ajela,katenye nak tengok2 aje. aku pun turut serta mengintai2 cermin luar kedai menyertai incik suami menengok jam yang comel. haha..tetibe incik suami mensajest supaya masuk ke kedai n pilih. what?jam utk aku?hahah takmaulah...jam aku cantik lagi. sayang..kang dibelinya jam beratus2 henggek,aku tak pakai pulak jam hantaran aku ni. tunggulah bila aku betul2 memerlukan jam baru,barulah aku minta padanya.heheh...(baik tak?baik tak?)
lepas tu kami berjalan2 lagi mengukur kedai. bila lalu depan kedai spek,terus incik suami kata,"ayang nak buat spek baru?gi lah masuk,nanti abang bayar." weeehhhuuu!tak terjangka!sebab malam sebelum tu aku tunjuk padanya spek aku yang dah uzur,2 tahun tak berganti. power pun dah naik. hehe. kebetulan Focus Point ade wat sale. bingkai n lense dalam 300++ je. selama ni aku wat spek tak penah tak cecah rm500,sebab power aku tggi. huhu..ni dah leh wat yang murah,skali ngan clip on.okla kan..hehehe..
Contoh ar..spek ngan clip on. imej sebenar tak sebegini. heheh..
Pas wat spek,kami menuju ke kedai Body Shop. aku memang request awal2 lagi nak perfume utk besday aku thn ni. dah usha awal2. hihik..taktaula nape aku tanak perfume jenis lain,mungkin sebab kalau beli yang sebotol tu just dapat satu je jenih wangiannye,kalau beli yg BS ni leh dapat 3x wangian yg berbeza,harga pun murah sket. 3 botol dapat less 10% x 3 lagi jadinya tak sampai rm150. hehehe... so inilah dia perfume yang aku pilih sempena besday aku thn ni:
EDT Chymara (memang aku sukes skali yang ini)
EDT Chymara (memang aku sukes skali yang ini)
EDT Vanilla (yang ni incik suami yang pilih.beliau gemar yang ni)
Oklah, tu aje cte aku untuk sambutan besday & anniversary in advance aku thn ni. hihih...rabu lepas aku dah membelanja incik suami di restoran Saba' di Cyberjaya. hehe..besday kali ni even terpakse bagi hadiah awal,sambut awal,tapi aku rase dengan kelahiran bakal baby small yang masih seronok berenang2 dalam perutku ini,mestilah sambutannya lebih berganda2 kan! kami menjangkakan bb small akan keluar dalam minggu ni juga,(tak sabar sangat la kan..hihi). tapi taktaulah bila bb small nak kuar ni.false alarm dah acap kali dibaginya sampai mama terkalut2 tetibe.kui3..
Nota kecil:memang tak sabar menunggu kehadiran orang baru kali ni. lepas ni 3 tahun pulak nak buat yang lain..hihi yeke? yelah...dokter pon dah advise supaya mama berehat sebentar bersama-sama kit kat. besarkan budak berdua ni dengan full bf dulu,pastu baru boleh bagi adik baru.hehehe...
2 comments:
weeee sungguh besh dpt EDT+spek baru ... betul doc ckp tuh rehat dulu mmg x slh beranak tiap2 tahun tp kesihatan kite pun kena jaga gak ...
p/s: acik pun x sbr nak jupe bb small
ahahaha...shy dh insaf melihat sy wat2 teruk.kah3...tu blom sy beranak depan mata beliau lagi.kui3...suhla bb small kuar cecepat.ramai peminat di luar sana menanti kehadiran beliau.kah3
Post a Comment