Monday, September 26, 2011

Berpantang.puasa.rindu~

Salam...
ya, aku dh selamat menjadi mama buat kali kedua..alhamdulillah...
reaksi wajdiku sayang?minggu pertama memang merisaukan dan agak mensedihkan sampai menyebabkan hati keibuanku meruntun pilu.huhu...
berguling2 menangis tika melihat adiknya nenen dgn semangatnya pada mama,dan menangis merabak2 di tengah malam kerana berebut nenen dgn firdaus adalah common bagi seorang toddler bernama wajdi di minggu pertama kepulangan adiknya ke kampung.beliau langsung tidak boleh melihat mama atau papa memegang adik firdaus.jika kami ingin memegang firdaus,wajdi haruslah dilarikan dari kawasan kejadian. kalau tak,memang tantrum.huhu...
i'm a momma again!
bulan puasa telah menjelma.inilah pertama kali diriku tidak dapat berpuasa pada hari pertama.huhu...dan sebagai bonus,mungkin aku mendapat cuti penuh pada ramadhan kali ini.2 kali ramadhan yang lepas aku berjaya mempuasakan diri secara penuh tanpa gagal.tahun ni,terpaksa memarathonkan diri mengganti puasa.hahaha...
berpantang tika ini juga amat mencabar keimanan.ape taknya,juadah berbuka yang enak2 tidak dapat kuhadap seperti tahun2 lepas.adoiii..tapi berjaya jugak aku memakan durian di rumah mentuaku.haha...memang superb!
akhir sekali,inilah keluargaku yang lengkap sekarang.yang pasti,aku teramat rindukan si kusut di sebelahku itu.huhu!

No comments: