Tuesday, February 23, 2010

~Mengidamkah?~

Salam...

Cuti hujung minggu baru2 ni, aku dan Mr.Hubby ke KLCC.Niat hanya satu, Aquaria!!!hehehe...sebenarnya dah lama aku teringin mau ke sana tapi tak berkesempatan. Kalau diikutkan nafsu berjalan aku nih, tempat jauh2 aku nak pergi...yelah,sementara berdua ni kan,lepas dah bertiga berempat berlima,bukan tak boleh,tapi kos meningkat,pastu macam2 perlu difikirkan terutamanya keselamatan si kecil nanti...tapi Mr.Hubby tak setuju dengan banyak cadangan mengikut nafsu aku tuh.huhu...sedeynya rase mula2 tuh...yela hati ni kan cepat sangat terusik sekarang...tapi memang berasas apa yang Mr.Hubby cakap tu. Semakin dekat hari melahirkan, beliau perlu memikirkan bajet yang perlu disimpan untuk si kecil kami nanti. So aku pun redha jelah...untuk tidak mahu menghampakan diri aku,aku pun simpan la sikit duit gaji aku untuk ke KLCC tu...nak jugak berjalan!!hehe....pada mulanya Mr.Hubby agak kurang bersetuju dengan ajakan aku tu,katanya membazir duitlah,nanti aku habiskan duit gajilah (sebab gaji bulan Feb sangat awal dan gaji Mac ujung2 tekak nanti),aku mula menarik muka masam (sebab cadangan Dewan Rakyat ditolak kan..hihi). Tapi mungkin sebab tak sampai hati melihat muka comel aku ketika merajuk,Mr. Hubby pun bersetuju...yeay!!!memang kembang berbunga2 hati nih bila si dia mengajak aku ke KLCC petang sabtu.hehehe...

Maka pada hari sabtu lepas kami pun pergilah ke KLCC...riangnya hatiku rasa bertuah...hehe..lenguh juga kakiku untuk mencari Aquaria tersebut. Maklumlah tak pernah sampai ke sana lagi...hehe...sejam lebih dalam Aquaria cukup membuatkan aku berpuas hati.Melihat ikan2 yang comel dan juga ikan raksasa melekakan aku.hih.memang senang digula2kan. Pulang dari KLCC, kami menyinggah ke Gombak,rumah bapa saudaraku.Bersembang dengan makcu hingga jam 10 malam. Makcu beria2 mengajak kami tidur di rumahnya tetapi kami terlupa (atau lebih tepat lagi langsung tidak bercadang.hih!) untuk membawa 'kelengkapan perang' jadi mungkin lain kali kami akan bermalam di sana.

Kesimpulannya, aku sangat gembira kerana Mr. Hubby sudi melayan keiginanku untuk berjalan2 hujung minggu lepas. Hujung minggu ini pula mau ke mana ya?Mungkin akan ku tarik Mr. Hubby ke mana2 tempat menarik di sekitar KL/Shah Alam sahaja. Yelah, nanti kalau ikutkan nafsu aku memang aku ajak dia ke mana2 tempat yang lebih jauh lagi..tapi kesian pula nanti dia terpaksa memikirkan bajet untuk melencong tu.hehe..Biarlah aku mengidam mau berjalan2 atau makan macam2 daripada mengidam benda bukan2 kan?hihi...Inilah saatnya mau bermanja2 dengan Mr. Hubby.ngeee...

2 comments:

missricky said...

hahahahahaha... hampeh korg ni.. tp ok la tu, dr ngidam makan2 ni, bt penat je nk kena cri ikut selera tekak yg cepat sgt berubah, hahahaha... well,ye gak kan, ms berdua ni perlu dihabiskan semaksimum mungkin... hehehehe... anyway, take care ye..

Puan Chomel said...

hehehe..yela kan,tapi stakat ni aku tak penah lagi mntk makanan yg bukan2,sume makanan yg senang2 dpt je aku nak,heheh...betui kuwa,esok2 ko dh kawen jadilah cam aku...setiap saat berdua tu sgt berharga taw...wheee~