Wednesday, July 15, 2009

~Smokey eyes~

Salam...

Semalam, saya mencuba2 untuk bersolek. Kenapa? Owh, persediaan untuk hari pernikahan saya nanti. Maklumlah, jurusolek hanya ditempah pada hari kenduri sahaja. Jadi saya dengan penuh semangat mencuba pelbagai gaya untuk membuat "smokey eyes". Sudahnya, mata saya langsung nampak macam hantu! Cuba sekali lagi, mata saya seperti ditumbuk bertubi2.haha... Dahsyatnya bila seorang yang tak pernah membuat "kerja gila" berbuat sesuatu. haha..

Saya puas menghubungi rakan-rakan baik saya yang pandai bersolek untuk mengajar saya bagaimana untuk mendapatkan solekan yang baik. Banyak kali jugalah saya bermain dengan warna2 di sekeliling mata saya. Bersolek seorang diri sangat memenatkan! Sementelah saya amat jarang sekali bersolek. Kadang2 je bila saya 'kemaruk' hendak bersolek, saya oleskan sedikit sahaja warna pada mata saya. Itupun hampir tak kelihatan. haha..

Sejak kecil,memang saya amat gemar bermain dengan alat solek. Tak percaya tanya ummi saya. habis barang mekap dia saya guna dan langsung rosakkan. hihi. maklumlah, ketika itu saya sahaja satu2nya anak tunggal mereka. Perempuan pula. Apabila saya pulang ke kampung untuk berhari raya, ada seorang ibu saudara saya akan memanggil saya secara sembunyi2 untuk menyolekkan saya. Kenapa sembunyi2? Sebab, ummi akan memarahi saya jika dia tahu saya beria2 sangat hendak bersolek. Walaupun ummi marah, saya tetap akan mengikut ibu saudara saya yang satu itu dan 'menyerah diri' untuk disolekkan. Nakalnya saya. haha.. Tapi bila dah dewasa ni langsung saya tak pandai nak bersolek. Lagipun lecehlah. Kalau nak juga, kena bersiap awal2 lagi. Kalau tak, mesti lambat saya ke tempat kerja.

Sambung cerita tadi. Setelah saya beria2 mewarna muka saya malam tadi, akhirnya saya keletihan sendiri. yalah, kalau mata kanan elok dan cantik, tiba2 mata kiri pula yang senget2. Saya sempat menghantar mms pada rakan saya untuk meminta pendapatnya. Langsung dikatanya mata saya juling! haha. Tak kena langsung solekan saya. Saya pun dah malas. Saya bersihkan semua solekan bodoh saya tu dan tidur. Pagi tadi, saya rasa mata saya pedih2. Mungkin mata saya marah, asyik warna dan bersihkan mekap sampai beberapa kali malam tadi. huhu. Malam ini saya ingin mencuba lagi. Kawan saya kata, practice makes perfect! Yalah tu. Lecehnya. Tapi saya kena belajar juga. Lepas kahwin memang saya takkan bersolek di luar rumah. Tapi di depan suami boleh bersolek untuk melepaskan gian. hehe..

2 comments:

~TeehA~ said...

kwang3.. mcm tau je sape kwn ko yg kata ko juling tu..hihi.. mgkin sbb x pakai spek, jd kejulingan nya terserlah..wakaka

Puan Chomel said...

komen yg sangat hampeh..haha...