Tuesday, July 14, 2009

~Manusia~

Salam...

Wah nampaknya dalam bulan ini saya dah beberapa kali menulis di laman ini. Bagaikan setiap saat saya ingin mencatatkan sesuatu.heh! Setiap hari,saya telah mempelajari sesuatu berkenaan manusia. Bagi saya, manusia ini sangat2 unik. Juga sukar difahami. Jarangla saya jumpa seorang yang boleh memahami seorang yang lain dalam erti kata sebenarnya "benar2 memahami sepenuhnya". Walaupun kita telah mengenali orang itu selama lebih sedekad,dan dialah sahabat baik kita dunia akhirat,paling tidak,mesti ade sesuatu yang kita tidak faham tentang dia. Kerana sikap manusia yang berubah2 dan penuh variasi. (Macam pakar motivasi pun ada saya ni kan!hihi)

Terus terang saya katakan, walaupun saya telah mengenali *** selama lebih satu dekad, tapi setiap hari,saya mempelajari sesuatu daripadanya. Kadang2 'pelajaran' baru saya amat menyakitkan hati,sehingga membuatkan saya menangis kerana geram. Tapi kadangkala 'pelajaran' itu boleh jadi sesuatu yang manis untuk dikenang dan sering membuatkan saya tersenyum sendiri.

Apabila saya terasa dengan dia,saya cepat sedar,saya juga bukanlah sempurna. Saya juga tetap mempunyai kelemahan sendiri. Tidak wajar bagi saya untuk bermasam muka mahupun memarahi dia kerana memberikan saya 'new lesson for the day' (walaupun saya sering dimarahi kerana masih tidak memahami dia). Tapi kadang2 saya penat belajar tentang sikap manusia di sekeliling saya ni. Hari2 jumpa orang sama tetapi sikapnya berubah kadangkala.

Bila saya baca semula apa yang saya tulis di atas, baru saya sedar, saya banyak menggunakan perkataan "kadang-kadang". Owh!!

No comments: