Monday, July 13, 2009

~Best birthday present ever~

Salam..

Semakin dekat harinya,semakin debar rasa di hati.kalau boleh,setiap saat saya ingin menikmati detiknya sepuas2nya sebagai orang bujang.hahah.apa yang saya mengarut ni.tapi betul,saya pernah memberitahu si dia,kalau boleh,setiap hari saya ingin mencatat apa yang saya buat menjelang pernikahan kami.betapa kelam kabutnya saya,semenjak dua menjak ini saya langsung tidak sempat mengemas bilik.alangkah!pagi,bangun pergi kerja,balik kerja,malam memasak dan bersembang dengan kawan2 serumah.yalah,selepas ini mungkin saya akan dapat bertukar ke Shah Alam,tinggalah kasih tinggal saudara,kerana kasih hamba turutkan.hehe.hujung minggu saya sibuk menghadiri kuliah dan petangnya saya pulang ke temerloh.membantu keluarga mengemas apa yang patut.saya dapat rasakan,ummi seakan berat ingin melepaskan saya,dia juga sangat2 menikmati peluang sementara saya masih anak daranya.kami akan bercerita dan bergurau sepanjang saya ada di rumah.abah juga begitu.saya dilayan bagaikan seorang puteri.(walaupun selama ini memang saya satu2nya puteri hati mereka,tapi sekarang saya lebih dimanjakan.hihi)Owh, kenapa tajuk entri saya kali ini seperti di atas? Ini kerana,tarikh pernikahan saya juga merangkap tarikh hari lahir saya yang ke-25.Tahun ini,saya amat bertuah,di hari lahir saya,saya dapat baaaaaaaaaaaaaaanyak hadiah paling berharga dalam hidup saya. Suami,ibu mertua,ayah mertua,kakak ipar dan adik2 ipar yang sangat sayangkan saya. Saya tak dapat menyembunyikan keterujaan saya menanti hari bersejarah itu. Walaupun jauh di sudut hati,masih tertanya2,adakah saya layak menjadi isteri yang terbaik buat dia?adakah saya layak menjadi menantu yang terbaik,kakak dan adik ipar yang terbaik buat semua?Harap2nya begitulah.saya sangat2 mengharapkan doa dan restu daripada semua.Owh3...saya juga bedebar!!!Sabarlah hati...

4 comments:

~TeehA~ said...

chaiyok2..(err, sesuai ke kata semangat ni?

Aim Ila said...

setiap saat yang dilewati bersamanya selepas ini akan amat membahagiakanmu.. percayalah.. hidupmu akan terasa lebih bermatlamat dan setiap apa yang dilakukan terasa lebih bermakna. Jiwang tak ayat kak ila?? ngeh..ngeh..ngeh..

dhiyauqalbii said...

dear haida.. ingt koi lg?? huhu anak dara dah besar dah nak kawin...!! wish u all the best always friend!! miss u...

Puan Chomel said...

Teha: sesuai...sesuai....yeah!yeah!

Kak ila: mmg jiwang!pasni saya nak bguru ayat2 jiwang la ngan k.ila...hehe...

Atikah:mestila ingat anak dara yang membesar bersama2 koi nih...hehe...tak sangke jugak dah nak kawen nih...kui3...datang nanti ya!!lama tak jumpe sangat2 rindu zaman kecik2 dulu!!