Wednesday, June 8, 2011
~Setahun dua bulan~
muka suci
Salam...
Sekian lama tak memblog,hari ni baru rase macam ada idea sket2.hehe...Wajdi sayang dah nak masuk setahun 2 bulan.lasak.bijak.membebel.hahah yg membebel bukan Wajdi,tapi aku.sempena beliau yang telah masuk umur setahun dua bulan ini,fakta yang harus diketahui ialah:
1. sebab ketereran anakku yang baru seorang itu,rumah aku sekarang jarang2 skali berkemas sempurna.baru je simpan2 barang,ade je si kecik terkedek2 bawak keluar barang dan main campak2.baru je lipat baju kain bagai,simpan elok2 dalam bakul,ade je budak renek tu terkedek2 bawak keluar sehelai dua baju dia dan campak2 atau baling2 di tengah ruang tamu. tak pun Wajdi sengaja bawak keluar baju sehelai dan letak merata2 yang dia suka.*sigh**sigh for papa jugak*
2. dulu,bila aku mandi atau ke toilet even tak sampai 5 minit, meraung sakan macamla ada orang cubit2 dia.huhu.tapi setelah dilatih,aku biarkan Wajdi mengikut aku sampai ke pintu toilet dan bagitahu, "wajdi duduk situ je,jangan masuk ok,mama nak masuk toilet kejap aje." automatik Wajdi akan duduk betul2 depan pintu bilik air.tggu aku.even bila aku ke dapur pun, aku suruh Wajdi duduk depan pintu dapur (takde pintu pun sebenarnya,just ada bendul sikit pemisah antara tile dapur dan ruang lain). Wajdi pun duduklah dengan patuhnya.hehe.kalau aku terlama sikit,barula mulutnya berbunyi.lama lagi,baru meraung.kah3
3. (sequel kisah no.2), wajdi makin bijak,Wajdi tahu yang aku tak bagi Wajdi masuk toilet/dapur,tapi dia akan bawak mainan or ape2 aje dan buat2 terbaling dalam toilet/dapur.huhu..konon2 kalau aku takleh tlg amikkan,dia boleh masuk dan ambil sendiri.dan itulah peluangnya utk masuk ke dalam!ahaha..notty?memang.tapi setakat ni aku masih memantau perangainya yang sebegitu.tak boleh dibiarkan melarat,takut dia pandai2 masuk toilet sendirian.huhu.
4. sudah pandai sebut 'mama', 'papa', 'keta', 'jatuh', 'takdek', 'nak nenen!', 'nanak' dan ada berberapa perkataan yang kadang2 bila dengar aku pun terkejut.hihi..bila aku tanya 'siapa nama harith wajdi angkat tangan?' automatik tangannya diangkat.or apa2 pertanyaan yang ada di hujungnya 'angkat tangan'.hehe.
5. paling tak boleh blah, jangan diberi tisu sekotak ok,akan dicerai beraikan sampai jadi kepingan2 halus.huhu.bila dah jadi yang sedemikian, berkemungkinan besar sebahagiannya akan terlepas ke dalam mulut.huhu.
6. semalam,beliau bawa seekor bangkai kumbang.ditunjukkannya di depan aku.terbulat sekali mata aku tengok.terus aku amik dan cek kaki2 kumbang tu kot2 ada yang hilang.huhu...mujur masih lengkap.hampir2 dimakannya aku rasa.huhu.
7. bila dibagi makanan,selalunya rejected.bila ditanya cikgu kat sekolah,meriah je bunyinya time makan.siap marah cikgunya bila lambat sikit suap makan.haha.cuma di rumah aje yang dia payah skali nak makan.mungkin di rumah takde kawan2 yang dompot2 (maknanya takde saingan) or di rumah mainannya lebih meriah.merata2.jadi seronok nak main berbanding makan.haha.
8. paling geram,kalau dalam kereta tiba2 melenting2.taktau kenapa.boring mungkin.atau dia cuba nak membawa kereta.atau dia cuba nak berdiri di dalam kereta tanpa dipegang mama or dipaksa duduk dalam car seat.haiyoh!penat mamanya memegang dan cuba mententeramkan dia yang tantrum itu.huhu
9. sangat suka membaling barang.even henpon mama.henpon papa masih terselamat sebab setiap kali ada cubaan untuk mengambil henpon papanya,cepat2 kami perasan.haha.sampaikan ada satu hari,dia baling2 mainan yang menyanyi2 tu sampai mainan tu tersenyap.speechless mungkin.haha.bila camtu,dia baling lagi dan lagi.papanya naik geram,ambil mainan tu dan simpan.senyap.dia buat muka sedih.haha.nakal lagi..
10. masih menyusu badan even tak sepenuhnya.ramai suruh stop tapi aku yang tak mau.even skang aku dh 33w pregnant,dan menyusukan dia kadang2 manyakitkan,dan juga ada perasaan bimbang early contraction,tapi dia tetap gemar susu mama.taktaulah kenapa,mungkin dia salah seorang bayi yang langsung tak kisah akan perubahan rasa susu ibu yang sedang mengandung.haha.
Walaupun Wajdi dah menyambut hari lahir yang pertama 2 bulan lepas,tiada sambutan besar2an dilakukan.no party like other 1 year old baby.and even no present from mama n papa.bukan tak ingat,ingat sangat2.cukup sekadar ucapan hari lahir beserta doa semoga Wajdi sayang panjang umur,sihat walafiat dan menjadi anak yang soleh. kalau kami buat sambutan besar2an macam orang lain,Wajdi tau ke apa tu birthday party?kui3...
akhir sekali, Harith Wajdi, even selalu buat drama,buat muka nakal dan buat2 degil, dialah permata hati papa n mama.bakal abang kepada adik yang bakal lahir.taktaulah bagaimana keadaannya,aku n hubby sering berimaginasi ape agaknya perangai yang wajdi akan buat bila berhadapan dengan adiknya nanti.hahah..love u so much Wajdi!
menyepah mainan dan baju skali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam..
yeay.. fes komen.. hahahahaha...
sj nk ngaco .. bes nyer bila si kecil membesar dpn mata dgn ceria n keletah.. hehehe... rindu jugak sm wajdi.. hehehe.. moga wajdi jd abg long n ank yg soleh, bkn stkt cucu pcik salleh.. hehehehe.. aminnn..
banyak karenah dah wajdi. adam pun macam macam perangai. kaki bodek.
menarik2...bab susu badan sbnrnya wajdi tu masih suka nk bagantung wpun susu dh x sesedap sblm syida mgandung..hehe..masa anak akak yg sulung umur 1thn 2 bulan akak preggy..3 bulan pas tu dia stop sendiri myusu..bab myepah.yes..mmg sama kecuali bab baju..akak kemas dia kuarkan balik mainan2 dia..hangin dibuatnya kadang2.. bila abg dh dapat adik mcm2 karenah dibuat nk tarik perhatian..tp kehadiran cahayamata dlm kehidupan kita adalah satu perkara yg terindah wpun penat dan sedih..mereka la penawar hati..:)
Kuwa:ahahaha...best bila dia dh makin membesar ni.geram nengoknya.notty.tp seronok melayan even kadang2 aku sgt penat.huhu...dtgla uma tnjk perut weh..heheh
kakde:biasela bila budak dh membesar...macam2 perangai.wajdi pun kuat bodek.hahaha
kak lala:sy dh biasa bab2 menyepah,sebab adik2 sume lelaki n umah mak sy pun tak penah bkemas.kreativiti tinggi budak2 ni.hihi...
Post a Comment