Thursday, June 25, 2009

Tioman trip 2009



Salam...

Dah lama saya tak menjenguk di sini, sementelah begitu sibuk dengan pelbagai persiapan, oh ya, sebelum itu ingin saya khabarkan bahawa saya akan bergelar isteri pada 24 Julai ini. Insyaallah... perasaan? oh, tak dapat saya gambarkan. Semuanya saya rangkumkan menjadi satu perkataan yang amat sesuai buat masa ini. Serabut! Yelah, diri saya seakan tak terurus tika ini. huhu... tapi tak mengapalah, kahwin cuma sekali seumur hidup. Dan semestinya sebagai anak perempuan tunggal, saya inginkan hanya yang terbaik untuk majlis saya. hehe... ok, lupakan pasal perkahwinan. saya nak bercerita mengenai Persidangan pejabat saya yang diadakan baru2 ini di Pulau Tioman. apa yang saya dapat katakan, Best Sangat!!! Walaupun banyak perkara yang kurang best sepanjang persidangan, itu tak melemahkan perasaan teruja saya melawat pulau yang indah itu. Nak2 pula, hari terakhir persidangan telah terisi dengan aktiviti snorkeling! Wah! sangat teruja! Siapa kata orang yang tak pandai berenang dan rabun seperti saya tak boleh menikmati saat2 indah di tengah laut? haha... see the leg la... walaupun bkayuh dengan pelampung dan life jacket, google pula berlapis dengan cermin mata, saya dan kawan2 tetap enjoy melakukan aktiviti snorkeling!!! macam biasa, saya titipkan beberapa gambar buat tatapan semua:



Masa ni kami di Taman Laut..



Happynya kami...



Tak sabar2 nak tengok ikan!




Ok, setakat itu saja, nanti saya akan kongsi lagi cerita menarik buat tatapan kamu semua!

Thursday, May 28, 2009

Ni Hau!!!

Salam...

Dah lama saya tak menulis di sini. Kesibukan menghadapi peperiksaan akhir ditambah pula dengan bertugas di luar daerah selama 3 minggu berturut2 menjadikan bulan Mei ialah bulan yang paling sibuk buat saya. Minggu lepas saya ke negeri China. Peluang yg datang bergolek takkan sekali2 saya lepaskan. Walaupun sekarang virus H1N1 menular ke seluruh dunia,dalam cuak2 saya teruskan juga trip ke China.hehe... Semua kos ditanggung oleh pihak yg menjemput saya. Sangat2 berterima kasih kepada mereka kerana memberi saya peluang keemasan ini. Trip 5 hari 4 malam saya nikmati sepuas2nya. Kaki saya bengkak2 kerana kuat berjalan. Tumit kaki tak payah ceritalah,lepas ni saya kena dapatkan rawatan untuk melicinkan tumit kaki saya semula.hehe...

Di bawah ini saya titipkan serba sedikit gambar2 ketika berada di sana...








Tuesday, April 14, 2009

Menjelang peperiksaan...

Salam semua...

Sebelum kita melenguhkan mata, memenatkan otak, mematahkan jari jemari menulis nota2, mari kita nikmati gambar chanteks di bawah;



Happy exam to all...happy2 selalu...then tap!tap!tap!we'll get a crystal clear answer for the questions! Fundamental liberties is stated in Article 5 of Federal Constitution....bla..bla..bla...make sure u'll not get Nervous shock ya!haha....


:. Perkataan yang berwarna biru adalah perkataan yg sering diperdengarkan kepada kami oleh Mr. Serang Bani (yeah!at last i knew his full name!haha...)

Monday, March 30, 2009

Exam...exam...

Final exam just around the corner.lap maut sket,da sampai kat corner tuh.hehe..sgt2 berdebar...tapi berdebar kat sini ajelah.tindakan?still tak tau ke mana arah tuju...kui3...tapi setelah dapat timetable exam tadi,rasa2nya da boleh target yg mana kene tumpukan perhatian lebih.3 subjek law sem ni,aku nak make sure sumenye with flying colours.even though bukan A,tapi bayang2 A tu insyaallah...hehe....n aku juga harapkan kejayaan utk classmates aku jugak.biarla sumenye bjaya hingga ke titisan pen terakhir.heh!skarang aku tgk classmates aku da makin kurang,n ade yg semangatnye pudar sedikit demi sedikit.jgn camtu kwn2....once we're in here,we must proceed our effort till the end.n i'm always pray for our success.hope we can graduate as a UiTM Law students with joy!aminnn....

My Timetable

28 April 2009
LAW435
2.15-5.15p.m


2 May 2009
LAW431
2.15-5.15p.m

10 May 2009
LAW437
2.15-5.15p.m

Kali ni exam sumenye petang...mengantuknyeeee....sure aku tertido nnti.haha...takpelah,aku redah jelah...asalkan dapat flying colours!lepas exam da boleh fikir my wedding planning plak!(sure pasni korg ckp aku tak sabar2 nak kawen!hahaha....)

Monday, March 23, 2009

My bestfriend's wedding

Ambil berkat...hehe...



Sejurus selepas akad nikah (masa ni tgn Farah cejuuukkkk sgt!)




Geng Adik Beradik



Farah & Eedyy bergambar dengan
Geng Adik Beradik



Sebahagian daripada kawan-kawan zaman sekolah yang hadir


Aku sure Farah sgt terharu atas pengorbanan kami berempat sejak dari awal sampai akhir. Apa saje Farah,asalkan aok gembira!hehe...walaupun ada insiden kecil yang berlaku sebelum majlis sehingga menyebabkan kening Farah sompek sikit (5 jahitan),namun Fisha berjaya menyembunyikan kesompekan tersebut.hehe...bijak..bijak... Apapun,kami doakan semoga Farah & Eedyy berbahagia hingga ke syurga...amin....

Wednesday, February 4, 2009

Geng Adik Beradik~


Kat sini aku nak citerkan kisah 'Geng Adik Beradik'. Ada 5 org semuanya.Aku,Farah,Fisha,Una,Piah(tak glamerla,tukarla,Anis.heheh). Kami rapat sejak zaman kolej lagi. Sebenarnya zaman sekolah lagi dah rapat. Tapi masa sekolah dulu, kami ada 13 orang, Active Power Gurls..haha.... sangat lucu nama tu. Kononnya aktif sangatla... kih3.. Bila masuk kolej, only 5 of us left. Dan e2 yg mbuatklan kami btambah rapat. Susah senang tetap bersama.

Dalam 5 orang tu, Una yang paling tua. Memangla kami sebaya,tapi Una lahir dulu...haha... Dia walaupun paling tua,perangai macam budak2 jugak. Paling tak boleh lupa, kami paling takut kalau dia marah... Sepanjang hari dia marah, dia akan diam je. Then dia akan mengemas bilik. Masa dia mengemas ni takde siapa pun berani tegur. Aku yg paling berani pun akan menikus..haha... Takutnye aku tgk dia marah... Siapa yg selalu buat Una marah?haha... Si kecik yg nakal..Anislah. Taula dia paling muda, dia mmg suka menyakat Una. Bila una marah,dia lari masuk bilik. Tgk,nakal tak?haha...

Anis tu, paling aku geram,kalau dia tgh tdo,tolonglah jgn sesiapa kacau dia. Dan tolong jangan sekali2 kejut dia ok. Dia akan tdoooooo je sambil bergebar. Dengan stokin, dia langsung tdo tanpa pedulikan kami yg tjerit2 kejut dia bangun. Aduiii...sgt degil! Dan dialah satu2nya kawan aku yg sentiasa bersama dengan aku dari kami tadika sampai ke kolej pun sama. Aku pun tak sangka, psahabatan dah kami mencecah 20 tahun! Sgt lama!

Farah pulak, sangat keibu-ibuan gitu...hehe...dan tolonglah, dia tsangat baik ok. Tak sanggup menyusahkan kawan2 even kami tak rasa menyusahkan diri pun if tolong dia. Aku still igt, dia sakit masa tu. Pukul 1.30 pg aku n sorang lagi kawan (Una kot?) hantar dia ke hospital. Farah ni jugak jenis tak suka membazir. haha... Kata-kata keramat dia, "Membazir!" bila kami buat sesuatu yg dirasakannya membazir. Masa sekolah, dialah yg selalu habiskan makanan aku yang tak habis. Takut membazir katanya...hehe...

Fisha pulak, mulanya pendiam. Tapi sejak masuk geng kami yg nakal ni,dia jadi sgtla bising! Bising kalau dia marah2 manje gitu...haha... Best dpt menyakat dia sampai kuar suara kecik dia...(masa ni aku akan,lari...lari...hahahaha). Kami pernah pergi ke Kuantan daripada Terengganu semata2 nak cari handset aku dan Una. Dan pada masa tu kami balik lewat. Sampai Terengganu dah malam. Dah jadi peraturan kolej, kami tak boleh masuk asrama selepas jam 7mlm. Nak jadi cerita, masa tu, kami minta seorang rakan lelaki tolong hantar kami balik ke asrama. Dengan yakinnya rakan kami tu sewa kereta, jemput kami di Stesen Bas & dan hantar kami pulang. Sampai di pintu pagar, pak guard terus tahan...wah....cuaknya kami...huhu....Masa tu Allah aje yg tahu betapa takutnya kami semua. Kami kena turun kereta,n kawan kami dihalau balik. Kami kena bebel hampir sejam kat situ. Malunya....maklumlah semuanya masih di tahun 1. Nakal...hihi.... Mujur tak kena marah beria, nasib baik rakan kami tu ada bau2 bacang dgn Una, so Una nak menyelamatkan keadaan katelah yg kawan tu sepupu dia...hahaha....Lepas tu ape lagi, kami terpaksa bjalan kaki jauh masuk ke dalam. Dah jadi peraturan (masa tulah) kereta sewa tak boleh masuk kawasan asrama perempuan. Kerek ar pak guard tu...disuruhnya kami yg cun ni bjalan kaki malam2 buta? Huhu...

Lagi satu kejadian, pasal kami keluar sewa kereta jugak. Masa tu, ada senior yg sgt baik hati nak belanja kami makan di tepi pantai. Maka kami keluarlah berlima, dia tggu di masjid kolej dengan kereta. Aku, Fisha n Anis ada basikal masa tu. So kami naik basikal berlima (ups! berenam) pergi ke Masjid. Konon nak melarikan diri drpd pak guard lah nih. Haha... Balik drpd makan, aku n Mahfuuzah (ye kot?) balik dulu. Kebetulan aku ada hal masa tu so aku balik cepatla. Maklumlah aku ni minah rempit. Bawak basikal mcm pelesit. Haha... yg tinggal tu terhegeh2 kat belakang. Pak guard dah lama intai kami sejak kami keluar lagi rupanya. Yang kesiannya, mangsa2 yg tinggal nilah yg kene tahan...hadoiii...kene marah ngan pak guard tu free2 aje...aku? Terselamat dlm kejadian itu...wahahaha... Manalah aku tau, sedar2 diorg balik tu merungut2. Rupa2nya tertangkap lagi...hihi...

Kalau nak diceritakan, mmg baaaanyak kejadian2 yg hampeh2 yg aku boleh cerita kat sini. Cte2 best2 pun ada jugak. Yelah, sepanjang 3 tahun blaja kat kolej sama2, kami bergantung pada satu sama lain maklumlah sama2 jauh dgn mak ayah.. Kawan susah dan senang sama-sama. Menangis sama2, ketawa gembira pun sama2. Sampailah sekarang... Farah bakal menamatkan zaman bujang dia tak lama lagi. Aku? akan menyusul..hek3... Aku harap persahabatan kami berlima akan kekal sampai bila2, n kita akan bawa persahabatan ni sampai ke hujung nyawa ok. Walaupun kita dah berkeluarga, beranak pinak nanti, kita akan curi masa sehari utk bergosip macam selalu. Tu kita dah rancang sebelum kawin kan! Minta kebenaran daripada suami masing2 utk outing seharian nanti. Gurls only! haha...bestnye...

Tuesday, February 3, 2009

Mari menjadi penterjemah

Hari ni aku cuba utk menyelesaikan semakan undang2 kecil..macam biasa,mesti ada terjemahan yang salah.yang 'ikut dan' selalunya.seolah2nya mereka yang menghantar draf ni ikut suka- copy paste atau dlm bahasa melayunya salin tampal saja.keadaan ni menyebabkan aku terasa sangat penat menjadi penterjemah!dan aku rasa aku nak jerit di sini,aku bukan penggubal!huhu....

Mmg org nmpk kerjaku ini senang,mudah aja,just duduk,pegang pen merah,tanda apa yg patut dlm draf,then taip.taip pun just copy paste undang2 kecil daerah lain yg sama n betulkan ape yg patut.mudah kan!tak perlu berkejar2 pegang fail byk2,kejap2 jwb call dr ntah siapa2,kejap2 keluar jumpe client/client jumpa kat opis,tak pyh susah2!tapi yg rumitnya bila duduk mcm ni kene ketekunan yg tggi!dan semestinya semua org yg kenal aku,tahu aku bukanlah manusia yg tekun!aku cepat bosan klu hanya mengadap satu benda saja.huhu....syok jugak klu saat ini aku sedang outstation,cari penghutang2 kerajaan n serahkan saman kpd mereka...ngeh3...outstation sgt seronok!bila hujung bulan jari jemariku pantas mbuat kira2 keuntungan dunia yg akan aku dpt pd bulan berikutnya...hahahaha....mejaku ini berkecah dengan alat tulis,kertas2,n macam2 lagi barang2 yg tahapahapa.aduiiii.... bestnya kalau dapat tdo mcm baby ni....:-p