Tuesday, May 8, 2012

Backdated post- kelahiran kedua

Salam...

kali ni nak cte pasal kelahiran Firdaus. dulu nak cte tapi tak tercte sebab teramatla seboknya seorang aku ini.haha.now anakku yang kedua itu dah nak masuk 10 bulan, dah mula belajar2 nak berdiri,sambil menunjukkan 4 batang gg kontotnya.haha.meh meh dengar cte, moga besar nanti anakku dapat membacanya:

17 Julai 2011

sejak semalam mama dah mula rasa sakit2 perut. tapi mama buat tak tau aje, sebab tau tu false alarm. dan tanak terlalu awal pegi spital. yela, dulu masa abg ajdi mama selok sgt nak ke spital.haha.ni relek je, sejak seminggu lalu bukaan dah 1cm. so mama tggu jelah sakit yang sebenar2. hope kali ni mama tak lupa rasa real contraction.huhu

menjelang petang, mama dah mula sakit kuat, dan kerap. so mama tanya papa, perlu tak mama nak call atok utk amik abg ajdi bwk balik kg dulu?papa tanya dah sakit sgt ke, mama kata rasanya adek dah nak kuar kalau tak hari ni, esok. so papa kata oklah. mama terus call atok. atok  pon nenoneno teros datang amik abg ajdi petang tu. malam atok n wan bertolak balik temerloh sebab esokya atok n wan kerja.makanya malam tu buat pertama kalinya abg ajdi tak tdo dengan mama n papa.sedihnya mama tapi memikirkan kemungkinan besar malam nanti mama pegi spital, so mama terpaksa rela bagi abg ajdi blk kg dulu.huhu

lepas isyak, lepas abg ajdi ikot atok n wan blk kg (sedih!), mama bsiap2 nak g spital pulak. kali ni, mama pilih siap2 nak bsalin kat hospital pakar annur bangi. sebab tanak kejadian lalu berulang.huhu.bukan pasal kene marah tu yang mama kisahkan sangat, tapi pasal dokter lelaki tu. papa pun dah kumpul duit siap2 dari awal untuk mama bsalinkan adek kt spital swasta dan yang paling penting boleh dapatkan khidmat doktor wanita muslim (wajibul ghunnah bagi sang suami ya!).

otw g spital, mama siap bleh gelak gelak n cte macam2 lagi kt papa.sampai papa tanya, eh, ni nak g bersalin ke tidak ni?macam tak sakit je?hahahah.sebenarnya mama tengah menahan sakit contraction tu, kaver beb.haha.klu dilayan mmg sakit sampai kuar air matelah.hik.

sampai hospital, mama terus di bawa ke labour room.prosedur biasalah. bukaan 2cm baru.then nurse suh register ward. papa pun melaksanakan tugasnya sementara mama duk baring2 relek2 layan contraction kat dlm labour room. siap leh borak2 ngan nurse lagi.haha.

dalam kul 11, mama ditolak masuk ke ward. dapatlah merasa duk bilik single.haha.melayang duit papa tapi demi keselesaan papa pejam jela mata.hik.yela kan penat mama ngandungkan adek, ape salahnya berabih duit sket kan.hek3


marilah menahan sakit.huhu

18 Julai 2011

ding dong ding dong, dalam kul 2 mama sakit contraction paling hebat skali.pastu mama pon dibawa masuk ke labour room semula.duk dalam tu ngan papa.sakitnya tak dapat bayang.tapi kurang sikit sebab papa sentiasa ada temankan mama. air mata mengalir pun ok je lagi sebab kekuatan mama ada kt sebelah.nurse dua kali tanya mama nak amik epidural ke? sebab dia tgk mama tahan sakit sampai menangis2.papa kata amiklah,sakit sangat tu gayanya. memang sakit pun.n langsung takleh bg keputusan. last2 mama ikut jela,cucuk epidural.yg tu pon sakit jugak masa cucuk tu.haila.tapi lepas tu lega la.langsung tak rasa contraction.haha.sampai mama tanya cane nak tau bb nak kuar?nurse kata, nanti mama akan rasa macam nak terberak buang air besar.oooo...ok,mama tggu je dengan sabar perasaan nak berak tu.haha.

dalam kul 3.30, mama mula rasa nak terberak. rupanya dah sampai masa melahirkan adik.dah sampai masanya kita btemu, adik.mama gembira sangat.mama bertekad tanak amik masa lama nak kuarkan adik.susah jugak nak meneran even emosi terjaga,n dah ada pengalaman.sebab napas pendek.hihi.mama genggam tangan papa kuat2.taktaulah sakit ke tak tangan papa.hihi.

dalam kul 4.06 pagi, mama selamat melahirkan adik.comel.putih.bulat.sepet.hihi.suara adik kuat sekali.alhamdulillah..mama syukur sangat2.mama hepi mama dah berjaya lahirkan sorang lagi khalifah Allah.hehe. 


first pic captured

kita berkampung kat spital dua hari.mama tak rasa susah pun kali ni.mama tak rasa sakit sangat,mama kuat n cergas.mungkin sebab mama terpaksa jaga dua orang baby sekaligus, so mama jadi lebih kuat dari masa mama lahirkan abg ajdi dulu.hehe..


kat kampung




mama harap, adik n abang sentiasa sayang menyayangi antara satu sama lain.sampai bila2.macam ni:


even kekadang kamu berdua macam ni:


tapi kamu tetap selalu boleh jadi macam ni:


MAMA PAPA SAAAAYANG KAMU BERDUA!!!

1 comment:

Anonymous said...

sweet je post akak. hehehe i like