Monday, November 30, 2009

Indahnya Perasaan Ini...

Salam...

Masuk minggu ni, umur bayi di dalam perut saya kira2 18 minggu. Pagi tadi, perut saya terasa bergerak2!wah!saya terdiam sebentar menantikan reaksi seterusnya daripada si kecil ini..dan tiba2, saya merasakan ada semacam 'ketukan' bertubi2 dari si kecil ini...wahhhh....memang teruja!!garakan tersebut berterusan selama beberapa minit...owh2....si kecil ini mahu bertegur sapa dengan saya rupanya!saya terus mengakses ke laman web berkenaan perkembangan bayi...memang pada ketika ini bayi sudah mula menendang2 dan sudah boleh mendengar walaupun kurang jelas...waaahhhh....seronok3....saya sangat2 teruja mempelajari setiap perkara baru yang berlaku pada diri saya ketika ini..hehe...selepas ini semestinya saya akan mula bercakap2 dengannya...heh! Alangkah indahnya perasaan ini....

Monday, November 16, 2009

Almost 4 months...

Salam...

Musim peperiksaan telahpun berakhir...legaaa...even semester ni just 2 paper saja yang masuk peperiksaan bertulis, namun semester ini saya tersangatlah penat!sehingga saya pernah merasa putus asa untuk mengambil peperiksaan Constitutional Law II. Ini oleh kerana subjek tersebut saya hanya menghadiri kelasnya sebanyak 3 kali sahaja sepanjang semester ini berikutan selepas saya berpindah ke Putrajaya, saya tidak mempunyai kesempatan untuk menghadiri kelas yang diadakan pada setiap Jumaat malam. Tarikh peperiksaan pula merupakan peperiksaan yang pertama yang saya duduki. Ia lebih membuatkan saya putus asa dan berkali2 saya nyatakan saya akan mengambil MC pada hari tersebut. Yalah, jika gagal subjek tersebut, pointer saya juga akan merudum. Tetapi berkat dorongan dan galakan dari kawan-kawan dan keluarga saya, saya teruskan juga peperiksaan itu. Huh, bagaikan menyerah nyawa saja lagaknya.huhu...

Subjek Tort II lain pula ceritanya. 2 hari sebelum peperiksaan, saya diberitahu oleh abah bahawa beliau dan ummi akan bertolak ke Tanah Suci Makkah pada hari yang sama saya menduduki peperiksaan! Wah! Tiba2 tekanan perasaan menghimpit jiwa saya...huhu...nak pula, saya periksa petang pada hari itu...dalam 2 hari itu, saya ligat berfikir bagaimana cara untuk berjumpa dengan abah dan ummi di Kelana Jaya sebelum mereka berlepas ke Makkah. Suami saya terpaksa membatalkan hasratnya untuk menghantar saya ke Kuantan pada hari tersebut dan beliau 'ditugaskan' untuk menghantar abah dan ummi ke KJ. Saya pula? terpaksa memandu seorang diri ke Kuantan. Dalam pada itu, saya terfikir untuk keluar dewan peperiksaan lebih awal supaya saya sempat bertemu mereka di KJ. Mahu mengikut mereka dari Putrajaya semestinya tidak sempat. Saya terpaksa berusaha sendiri untuk ke KJ walau apa cara sekalipun. Puaslah saya bertanya pada kawan-kawan bagaimana caranya untuk memandu ke KJ dari Gombak. Memang caranya senang sahaja, tetapi dalam hati, sempat ke? Dahla sorang2, kalau sesat macammana? Huhu...

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menaiki tren dari stesen Putra Gombak ke KJ sahaja. Jalan itu lebih selamat, bukan. Buat pertama kalinya saya menjawab kertas Tort dalam masa tidak sampai 3 jam seperti yang diperuntukkan tetapi hanya 2 jam 15 minit sahaja. Semata2 mahu keluar awal, saya memang tidak sempat berfikir panjang semasa peperiksaan. Mujurlah soalan Bahagian C yang selalunya bercampur2 tajuknya, kali ini dibuat 1 tajuk panjang sahaja. Maknanya saya tidak perlu berfikir lama untuk menjawab soalan tersebut. Wheee~ apa yang saya harapkan, saya akan dapat markah terbaik dalam peperiksaan kali ini. hehe...

Mujurlah pada hari itu segala2nya dipermudahkan. Saya dapat juga bertemu ummi dan abah di KJ. Setelah bersusah payah sepanjang hari. huhu... hari itu merupakan hari yang betul2 memenatkan saya. Lemah seluruh anggota badan saya ni. Sehinggakan pada keesokan harinya saya mengambil MC. Tak larat! Sedih juga bila menghantar mereka di KJ, tetapi saya gembira, ummi dan abah dapat juga menunaikan rukun Islam ke lima itu. Terima kasih tidak terhingga kepada kawan2 di Kuantan, yang memberikan idea supaya saya menaiki tren dan juga peta...hehe...juga kepada sahabat saya Nawwar Murni yang bersusah payah menjemput saya di stesen KJ. Budimu dikenang...hehe...

Raya Haji kali ini tanpa ummi dan abah, adik2 pula akan tinggal bersama saya mulai minggu ini memandangkan sekarang Muhaimin sedang menduduki peperiksaan akhir tahun dan Ikram pula tinggal di Gombak rumah pakcu saya. Mesti meriah dan kelam kabut rumah saya nanti kan! hehe...nanti jika saya perlukan pembantu rumah untuk menjaga adik2 saya,akan saya iklankan di sini ya! haha...

Kandungan saya pula hampir memasuki 4 bulan. Cepatnya masa berlalu. Tidak lama lagi saya akan dapat merasa pergerakannya pula. Mual2 dan loya masih ada, tetapi sudah tidak sekerap dahulu. Saya juga sudah mula mengidam macam2 makanan. Semua yang terlintas di fikiran saya semuanya saya terasa ingin makan.. hehe... baru2 ini saya teringin makan Char Kuey Teow...Suami saya memandu sampai ke Shah Alam semata2 mahu membawa saya merasai CKT yang paling sedap (seperti katanya). Tetapi bila makan, suami saya memberitahu rasanya tidak sesedap dulu lagi. Saya pula? Wah, itulah CKT yang sedap dan saya amat puas hati selepas memakannya...haha...Nampak sangat saya ini senang di gula2kan...kui3...

Nantilah saya bercerita lagi, sudah tiba masanya untuk saya pulang..hehe...Apa yang saya harapkan, kandungan saya sihat dan saya juga kuat dan gagah dalam 5 bulan setengah yang akan datang...hehehe......