Friday, July 20, 2012

Entry tentang makan,makanan,puasa

Salam..

Sedar tak sedar esok kita dah nak puasa, alhamdulillah...jumpa balik kita dengan Ramadhan tahun ni. mungkin tahun depan, tahun seterusnya kita takkan ketemu dengan Ramadhan lagi. who knows? so Ramadhan kali ni kita tingkatkan amalan kita. Seolah2nya ringankan bahu kiri, beratkan bahu kanan. kurangkan mengumpat (aku pun terjebak skali), kurangkan maksiat mata, hati, lidah dan semua2nya.kita bukanlah maksum, tapi kita boleh cuba untuk menjadi lebih baik dari sekarang. Insyaallah...

Sempena menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak kali ni, dua kali dah aku menyertai pertandingan memasak opis aku.eh?overnya.haha..taklah, potluck je.pertama skali potluck sempena besday aku n 2 org kawan aku yang menyambut besday bulan Julai. kiranya potluck Unit ajelah. besday kali ni aku sambut dalam bulan posa.haha.so kita celebrate in advancelah. aku masak makaroni goreng style aku (masih belum beri nama.nak tolong beri nama sila isi borang). mula2 aku berdebar juga, takut tak laku.haha yela sapelah aku nak banding ngan kawan2 yang lebih senior dan berpengalaman luas dalam bidang masakan ni.kawen pon baru 3 tahun.haha..tapi rupanya habesss makaroni aku..so takdelah gambar nak ditayangkan. kalau tak habis mungkinlah aku dapat mentangkap gambarnya buat kenangan.haha..


Hari ni plak, potluck bahagian.adoi berdebar sungguh makcik nak masak ni nak..haha...pk punya pk, aku pun masak mende alah ni:


menatang apekah ini?

KUEY TEOW GORENG! hahaha

sejak malam lagi aku ketung ketang ketung ketang menyediakan bahan memasak. siap kunci jam kul 5.15 nak bangun masak awal2.haha.tapi sayang seribu kali sayang, mataku terbuka secara penuh jam 6.15 pagi.cis cis ciskek!terus aku amik henpon n minta bantuan talian hayat kat member baik.hihi...

Fuh!nasib baik jadi juga kuey teow gorengku ini. aku sangat neves sebab aku tak penah masak 3 bungkus kuey teow sekaligus.haha.

Masa makan, aku sangat berdebar2 menunggu reaksi daripada kawan2.adoiyai.mengada dan over walaupun dalam hati adalah common bagi seorang aku.kahkahkah.. dan pabila kawanku menunjuk isyarat ibu jari instead of jari tengah, aku pun kelegaan dan terus menyambung makan sampai perut sendat!haih, memangla mewah kalau bab2 makan ni.hadoi!tak insaf langsung!(eh,bukan ke kt atas tadi aku bagi tazkirah?)

oklah, stoplah pasal makan2 ni.mencilah,bisa buat perut lapar semula.(apakah?)

Ok u olls, jangan skip2 posa tanpa sebab, dan jangan tinggal solat. tak guna kau puasa kalau kau tak solat.(ingatan murni sambil menseriuskan diri)

Kbai. Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh!

No comments: