Friday, September 30, 2011

Wajdi kena chickenpox

Salam....
Amaran: Entry ini ditaip secara laju2 oleh pemilik blog.
sekarang dua2 hero mama dah tdo.makanya bolehlah mama bersosial sementara mereka melayari mimpi masing2.atau,mungkin mereka bermimpi secara bersepadu.seperti yang biasa mereka buat kat mama.menangis secara okestra adalah perkara random bagi kedua2 heroku.haha..
Kali ni nak cte pasal wajdiku sayang yang diserang virus chickenpox selasa baru ni.hailaaa....sian benor mama menengoknye.huhu...skg bintik2 chickenpox tu dh berair...gatal2 sokmo badan dia..malam2 merengek2...makan pun tak selera...makin kurusla abang ajdi ni...mujurla mamanya still cuti,n hope ajdi syg cepat2 sembuh ya!2mggu lagi dh nak masuk school semula...firdaus plak,still takmau botol.aiseh..ni mmg masalah anak2 aku yang df sejak lahir..so tpaksela redha kalau kt school nanti firdaus nangis takmo susu...keras hati itu memang penting dah perlu ada dalam diri seorang ibu seperti aku.hahah..kalau tak,jawabnye sile hantar surat resign yer..kui3...
sejak aku bergelar ibu beranak dua ini (huh mcm tak caye seh),kehidupaku juga berganda2 berubah.sekarang masih dalam cuti,so mungkin tak terasa la kepenatan bangun awal pagi.huhu...lagi 2 mggu mungkin kehidupanku akan berubah.bertambah sebok yaaa...even duduk di rumah saban hari melayan hero2 pun rase tak terurus diri sendiri ini kan pulak dah naik kerja esok?huh!tak dpt nak bayangkan.errr...tp kena tempuhi jugak.haha
cer tengok gambar dak yang kene chickenpox ini.ops!sebelum tu jgn marah aku kerana badan anakku yang kurus keding tu.maklumla beliau tak sihat,makan pun tanak,suap bubur kene pegang mulut baru masuk.tu pun 2-3 suap aje lepas.air pun tanak..yang paling banyak masuk dalam badan ialah susu ibu!ketagih susu ibu kot anak aku ni.haha..


badan wajdi kurus sampai kulit berlapis2..huhu


asyik garu2 je chickenpox dia...

aku harap budak kurus di atas akan cepat sembuh dari penyakitnya..aminnn...syafakallah ya ibni...(yeke?haha)kasihan juga bila tgk dia tergaru2 tak tau tujuan..huhu...tapi takpe,anak mama semestinya kuat!oh ya,esok,jika ditakdirkan kelas mooting ada,haruslah aku membawa firdaus yang bulat untuk jadi bahan tontonan ke kelas.sebab aku tak yakin papanya boleh menjaga kedua2 hero kami secara serentak duet.pernah sekali aku tinggalkan firdaus bersama papanya semasa aku ke kelas,firdaus telah menggelabahkan suamiku dengan jayanya!menangis tak henti2 takmo susu ebm takmo goyang inul takmo rocking chair takmo segala2nya.hanya yang dimaukan ialah mamanya yang di shah alam ketika itu.kah3...sampaikan aku balik ke rumah dr shah alam dalam amsa setengah jam saja.mau tidaknye,semua kerete ketepi!kah3...taktaula kalau dapat rezeki dr pak polisi aku cliam ngan incik suami.boleh?haha.sebab beliau telah memarahi mencemaskan aku juga dalam telefon.huhu..mcmla dulu2 tak pernah lalui.kui3..
oklah,hero ketama dah bangun.sebelum hero kedua juga bangun baiklah aku lunch.huhu..tata!


Tuesday, September 27, 2011

Kehidupanku sebagai full-time housewife

Salam...

Dah lama tak mengirim ape2 berita di sini..kenapa?huhu...blogspotku mengalami proses tumbesaran sehingga aku tak boleh mengepos ape2 entri pun.padahal banyak sekali cerita terkumpul.huhu..hero2ku membesar dengan sihat dan kuat sepanjang mamanya ade di rumah.tapi 2 hari ni mereka diserang virus selsema bersama2..huhu...kesian...Wajdi memang comotla hidungnye kan..huhu..Firdaus pula asyik tersumbat2 idomnya.haila anak2 mama...siannye...huu..
Baiklah2..kali ni nak menceritakan perangai anak2ku yg berdua itu.haih..duduk di rumah seharian bersama2 mereka kadang2 menggeramkan,kdg2 menghiburkan..hihi...aku bukan tercipta untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa yang baik aku rasa.haha.kenapa?sebab...aku memang tak boleh mengemas rumah sepanjang aku menjaga kedua2 heroku itu.biarkan lantak.umah dh macam kedai jual barangan bayi.kah3..
Owh,satu lagi,mereka berdua menyusu badan denganku.hahah.ini yang paling aku bangga.Wajdi,sekarang dah tanak susu NAN beliau.mungkin stok susu itu akan habis bila beliau masuk sekolah semula nanti..lepas tu aku akan mencari air coklat untuk beliau.tapi sesedap manapun air yang beliau minum,akhirnya rebah ke pangkuan mamanya jua.haha..ramai juga yang seolah2 mempertikaikan tindakan aku membiarkan anak2ku berkongsi susu.tapi aku diamkan aje,i'm their mother,i choose which is the best for my kiddos..right?hehe...bagi sesiapa yang tak tahu,tandem nursing bukan lagi satu masalah,malah digalakkan.bukanlah dikira si abang merampas hak si adik jika berkongsi susu ibu.bukan juga nanti abangnya akan jd tidak cerdik jika masih berkongsi susu dgn adiknya.ank2ku makin sihat,malah Wajdi makin bijak.see?ade mslh ke klu aku susukan ank2ku bersama2?kdg2 serentak..he3...hahah..
wajdi skarang semakin aktif,dan bijak menyakat.hua3...ramai tanya,abgnya tu syg tak kt adik?jawapannya, SAAAAAYYYYAAANNNG sangat!haha...pantang lepa ok,alamat bertepekla muka adik.mula2 memang dia cium2 pipi bulat adik tu,pastu pap!tgnye laju je...huhu...kadang2 dicakarnye kepala botak adik.mula2 dulu adik terkena kejutan budaya.menangis semahu2nya bila diusik abang.namun setelah dilatih setiap hari,adik semakin cekap.hahah..sampaikan sekarang bila si abang cuba menunjukkan kasih sayangnya pd si adik,adik relek je,siap boleh tdo lagi even mata beliau terkopak oleh jari jemari abangnye.owhhh!!!
memang menjadi suri rumah secara tak langsung mengajar diriku menjadi seorang yang penyabar.huhu.mau tidak,kalau kembarku itu membuat okestra bersepadu?mula2 kelahiran firdaus memang aku tak sabar.aku stress bila abang dan adik menangis serentak nakkan susu.wah memang laku susu ibu berbanding susu lembu ya.haha.mula2 mamanya memang tak terer membahagi kasih sayang,mujur ketika berpantang di kampung wajdi boleh dilarikan ke rumah uwannya yang satu lagi pada waktu siang.kalau dua2 ada,dua2 lapar,dua2 nangis,memang stresss!hua3...
tapi sekarang aku sudah bijak memanipulasi keadaan.chewah.haha.kalau dua2 nangis,aku aplikasikan cara susuan memegang bola ragbi.haha..terer kan?kan?kan?kalau sorang nangis nak perhatian,sorang lagi nangis sebab ikut kawan,aku layan dua2.dukung dua2?takde masalah.ok aje.haha..mujur abangnye ringan.kah3...
tapi ada satu hari tu abangnya mengamuk sejam setengah tak berhenti.wah memang terer...mama pun jadi terrorist.huhu...adik?mula2 beliau nak nangis juga,tapi bila tgk abangnya nangis lagi hebat,lagi kuat dan tak berenti2,beliau diam.speechless mungkin.dan akhirnya beliau bermain ketawa2 dengan rakan halimunan sambil membiarkan mama take time with abang.huh memang mencabar.sapa kata aku yang  kecik tak boleh handle anak2 yang berdua dan rapat2 begini?haha...dalam takde kesempatan masa masih lagi boleh menulis blog dan membuka fesbuk.terer ape?kah3..
masa berpantang dulu,memang aku akui aku lasak,ya,sangat2 lasak.mau tidak?kalau lembik2 macam kelahiran pertama,siapa nak tolong dukung si abang ketika si abangnya menangis?haaa...oh,kenapa aku ade kat kg 2 mggu aja?kenapa tak duduk kat kg lama2 macam wajdi dulu?huh,ada la peristiwa hitam buruk yang terjadi sampaikan aku terpaksa membalikkan diri ke Putrajaya.huhu...alhamdulillah,dalam lasak2,aku berjaya berpantang sendiri di rumah.even di hujung2 waktu pantang tu aku dh langgar pantang, (KAH3),tapi alhamdulillah sihat walafiat.yela,menyusukan 2 anak,sudah tentu perlu makan menda2 berkhasiat,takkan ikan masin je kan.hihi..matilah kalau mak aku tau..

oklah,nanti sambung cerita lagi.aku perlu mentumpahkan kasih sayang kepada si abang.maklumla si abang tetiba plak jatuh sakit kena chickenpox arini.huhu...sebelum si adik membangunkan diri dan melalak2 lalalala..marilah mama bermain dengan ajdi.tulah gamaknya kata2 ajdi dalam hati.hahah...tata...

Monday, September 26, 2011

Berpantang.puasa.rindu~

Salam...
ya, aku dh selamat menjadi mama buat kali kedua..alhamdulillah...
reaksi wajdiku sayang?minggu pertama memang merisaukan dan agak mensedihkan sampai menyebabkan hati keibuanku meruntun pilu.huhu...
berguling2 menangis tika melihat adiknya nenen dgn semangatnya pada mama,dan menangis merabak2 di tengah malam kerana berebut nenen dgn firdaus adalah common bagi seorang toddler bernama wajdi di minggu pertama kepulangan adiknya ke kampung.beliau langsung tidak boleh melihat mama atau papa memegang adik firdaus.jika kami ingin memegang firdaus,wajdi haruslah dilarikan dari kawasan kejadian. kalau tak,memang tantrum.huhu...
i'm a momma again!
bulan puasa telah menjelma.inilah pertama kali diriku tidak dapat berpuasa pada hari pertama.huhu...dan sebagai bonus,mungkin aku mendapat cuti penuh pada ramadhan kali ini.2 kali ramadhan yang lepas aku berjaya mempuasakan diri secara penuh tanpa gagal.tahun ni,terpaksa memarathonkan diri mengganti puasa.hahaha...
berpantang tika ini juga amat mencabar keimanan.ape taknya,juadah berbuka yang enak2 tidak dapat kuhadap seperti tahun2 lepas.adoiii..tapi berjaya jugak aku memakan durian di rumah mentuaku.haha...memang superb!
akhir sekali,inilah keluargaku yang lengkap sekarang.yang pasti,aku teramat rindukan si kusut di sebelahku itu.huhu!