Monday, September 14, 2009

~Pertama kali~

Salam...

Sudah lama saya tidak menjenguk ke sini. Kesibukan kerja di tempat baru juga kemalasan yang berleluasa dalam diri menyebabkan hasrat untuk mengepos entri baru banyak kali tertangguh.

Sejak dua menjak ni,saya dapat rasakan banyak perubahan dalam diri saya. Penat yang teramat sangat. Saya fikir, itu kerana kehidupan saya yang agak kelam kabut sejak berpindah ke sini bulan lepas. yelah, setiap Jumaat saya akan balik ke Pahang untuk menhadiri kelas di Kuantan. Dengan jem yang tahap dewa, kadang2 perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 2 jam menjadi 4 jam disebabkan jem teruk,saya pula memandu kereta manual,memang penat! Tuhan saja yang tahu betapa penatnya apabila saya terpaksa pulang seorang diri disebabkan suami saya terpaksa bekerja pada hari Sabtu.

Pada mulanya, saya tidak ambil kisah tentang kepenatan saya yang bermaharajalela itu. Tetapi lama kelamaan saya merasa pelik. Kepala pun selalu pusing. Saya langsung tak tahu kenapa. Kawan2 dan sepupu saya banyak kali menasihatkan saya supaya saya membuat 'pregnancy test' sendiri. Rimas betul. Nak pula, ramai orang bertanyakan soalan yang sama kepada saya. Betul2 merimaskan.huhu... Disebabkan itu, saya mencuba buat kali pertama pada minggu lepas. Jawapannya negatif. Hah. Senang hati saya. Lega bila dah ada jawapannya jika ada yang bertanya..haha...

Minggu ini, saya sengaja membeli alat tersebut buat kali kedua. Saya fikir, saya ingin mencubanya selepas hari raya nanti. Tapi disebabkan rasa teruja dan tak sabar (saya memang begini,pantang ada barang depan mata,cepat je nak cuba.haha), saya terus mencuba alat tersebut. Saya begitu teruja apabila melihat hasilnya. Positif!! Whoa!!!! Nganga sekejap. haha.... Ketika itu, bertubi2 persoalan dalam benak fikiran saya..patutlah aku begitu,patutlah aku begini...dan bla..bla..bla... Rupa2nya segala perubahan fizikal dan mental yang saya alami sejak kebelakangan ini disebabkan oleh 'si kecil' yang menghuni dalam rahim saya...

Benar, saya amat teruja dengan berita yang saya sendiri sahkan ini. Hehe... Suami saya pula, memang sangat2 teruja! Satu kampung diberitahunya mengenai berita gembira ini! Aduyai...saya pula, hanya memberitahu sesiapa yang rapat dengan saya sahaja dahulu. Malu. hehe... Mungkin minggu ini atau minggu depan kami akan berjumpa dengan doktor buat pertama kalinya...hmm... dalam keterujaan saya menerima 'nyawa' baru ini, saya juga risau. Yalah, pengalaman pertama, saya langsung tak tahu apa2...mujur kawan baik saya seorang jururawat. Automatik saya melantiknya menjadi 'misi peribadi' saya.haha...kawan2 yang berpengalaman juga,saya akan bertanya jika ada yang saya tak faham. Erm...tak sabar juga nak berjumpa doktor nanti...hehe....

Wednesday, September 2, 2009

~Happy Birthday Hubby!~

Salam...

Semalam, suami saya kemalangan. Berderau darah saya bila dengar dia kemalangan. Mujur juga dia selamat. Cuma keretanya jelah yang 'sompek' di bahagian hadapan. Nasib baik juga, even dia yang terlanggar pakcik tu, dia tidak disaman.haha... Kenapa? Sebab pakcik tu yang salah. Keluar melulu dan memandu dengan kelajuan 20km/jam. Siapa yang boleh brek mengejut begitu? Nak pulak hari sedang hujan. Kasihan suami saya. Huu... Tak pasal2, malam tadi dia bawa balik kereta saya.. Apepun, saya sangat2 bersyukur, di sebalik kecelakaan yang menimpanya, terselit beberapa kemujuran yang membuatkan saya terfikir 'erm...nasib baik suamiku tak cedera,nasib baik suamiku tak disaman, nasib baik suamiku boleh claim insurans dengan pakcik tu, nasib baik kami ada 2 kereta...' Banyak kan nasib baik kami??hehe...

Tak mengapalah sayang, semalam merupakan hadiah hari jadi yang paaaaaling best buat sayang, ujian sikit je daripada Allah untuk kita kan?