Monday, August 24, 2009

~Let the pictures talk~

Salam...
Entri kali ini kita kurangkan bercerita,tapi biarkan gambar berbicara:



Bersama dayang-dayang..



Dengan my very best buddy at home...



Sib baik bunge n baju tu lebey kurang je warnanya...hihi...



Kunun2 jadi minah Chinese ar...hehe..



Korean gurl sesat...

Selamat berpuasa!semoga segala amalan di bulan mulia ini diterima dan dirahmati olehNya...amin...

Wednesday, August 12, 2009

~Cloud 9~

Salam....

Baru semalam saya mengepos entri berkenaan dengan 'perpisahan sementara' saya. Di sini saya ingin khabarkan satu berita gembira. Petang semalam, saya menerima panggilan daripada pihak HQ. Beliau memberitahu saya telah dapat bertukar ke Putrajaya berkuat kuasa 17 Ogos ini. Owh...owh! Dalam teruja, saya merasa sedikit kecewa kerana saya tidak dapat bertukar ke Shah Alam. Segera saya khabarkan berita baik ini kepada suami dan ibu bapa saya. Nampaknye suami saya juga agak tersentak, memandangkan kami masih baru berkahwin dan kedudukan kewangan masih belum stabil, mencari rumah sewa sementara saya belum mendapat kuarters agak memeritkan.

Petang semalam sebelum saya balik, saya menerima faks daripada HQ. Owh, bukan hanya saya seorang yang bertukar. Ramai juga yang bertukar ke tempat lain. Cepat2 saya melihat siapa yang berjaya merampas 'kerusi panas' di Shah Alam. Hish. Saya merungut2bila melihat namanya. Yelah, saya tahu dia tiada komitmen seperti saya. Kelebihan dia cuma kerana dia senior setahun daripada saya. Nak kata dia sudah kahwin, tidak. Nak kata pejabat lama dia jauh di seberang sehingga menyukarkan dia untuk ke kelas di Shah Alam, tidak juga. Geramnye. huhu...tapi itulah, rezeki masing2..

Sekarang, saya sedang sibuk menyiapkan kerja2 saya. Saya juga akan memohon penangguhan tarikh bertugas di sana kerana saya perlu menyelesaikan nota serah tugas dan so on. Juga, saya perlu mencari rumah sewa di sekitar Putrajaya buat sementara. Kawan2, sila doakan saya ya!

Tuesday, August 11, 2009

~Perpisahan sementara~

Salam...

Minggu ini kami berdua telah mula bekerja semula...kemalasan melanda diri saya...haha...biasalah,bila kita dah mula bercuti lama, mesti perasaan malas akan timbul.huhu..sedihnya bila berjauhan dengan suami. Chewah,macam tak biasa pula. Tapi dulu belum kahwin,tak kisahla berjauhan pun. Sekarang rase tak lengkap bila si dia tiada di sisi. Chewah lagi sekali.hihi...

Baru sebentar tadi saya menelefon pihak sumber manusia di HQ bertanyakan status pertukaran saya ke Shah Alam. Jawapannya positif plus negatif. Kenapa? Jawapan yang pertama, Peguamcara Negara masih belum menandatangani surat pertukaran saya. Ok, takpe, mungkin tak lama lagi beliau akan tandatangan. Beliau sangat baik hati dan bertimbangrasa. (ayat ampu) hehe.

Kemudian org HQ tersebut tanya saya, "mintak Shah Alam kan?". Saya jawab ya. Dia sambung, "Owh, Shah Alam dah penuh la,mungkin kita akan bagi di Putrajaya. awak ok ke Putrajaya?" Wah, saya dah agak. Memandangkan Shah Alam kawasan 'panas', saya tidak terlalu mengharap yang saya akan memenangi kerusi panas di sana.hehe... Sebelum ini saya berdoa saya tidak ditempatkan di Putrajaya. Tetapi apabila sudah bersuami,saya cuma mengharapkan saya segera ditukarkan berdekatan dengan suami tercinta. Di mana saya ditempatkan, itu tidak menjadi soal. Saya sudah tidak kisah saya berada di pejabat mana,bahagian mana dan apa2lah. Janji saya dapat bertukar....huhu....

Saya hanya berdoa sekarang, saya dapat bertukar ke sana dengan kadar segera. Aminnn....penantian satu penyeksaan. haha... angau dah saya. dudududu....

Tuesday, August 4, 2009

Pengantin demam~



Salam....

Malam tadi,saya demam. Entahla mengapa tiba2 saja demam. Mungkin saya kurang rehat dan kurang minum air masak sejak kebelakangan ini. Kasihan suami saya, terpaksa bangun untuk memicit kepala saya. Saya sangat terharu dengan tindakannya. Maklumlah, dia sangat susah untuk bangun tidur. Tetapi apabila saya merengek2 malam tadi, serta merta dia terjaga. Saya seorang yang amat jarang demam, bila saya demam saya akan merengek2 seperti budak kecil. Itu memang perangai saya (tak senonoh kan!). hehe.. Lebih kurang setengah jam jugalah saya tidak boleh tidur kerana kepala saya sakit bagaikan hendak pecah. huhu... Selepas saya makan panadol dan suami memicit kepala saya, barulah saya boleh tidur. Saya agak bersalah kepadanya kerana dalam mengantuk2 dia bangun untuk melayan karenah saya. Kasihan sangat...hmmm...

Pagi ini, saya langsung tak larat bangun. Kepala terasa berat sangat2. sampai ke tengahari keadaan saya begitu. Dengan selsema, batuk, demam dan sakit kepala, saya hanya melepek di dalam bilik. Natijahnya, suami saya juga demam hari ini! Owh, kasihannya... Dia juga melepek di ruang tamu.. Menjelang tengahari, keadaan saya sudah bertambah baik, cuma selsema sahaja yang masih belum sembuh. Badan saya masih suam2 dan kepala masih berdenyut2 walaupun tidak seteruk malam tadi. Tetapi kasihannya suami saya pula yang panas badannya. Ketika entri ini ditulis, saya sedang menuam kepala suami saya.

Saya dapat rasakan, betapa besarnya kasih sayang suami saya terhadap saya. Dia pula yang kedemaman setelah merawat saya malam tadi. huhu. Semoga suami saya cepat2 sembuh dari sakitnya. Amiin....