Friday, July 31, 2009

New life has begin....



Salam....

Hari ini sudah masuk seminggu saya sah bergelar isteri kepada suami tercinta, Mohamad Syairus Zamri. Buat kawan2 yang hadir memeriahkan majlis walimah saya pada minggu lepas, terima kasih diucapkan. Maaf, saya tidak sempat melayan kalian semua. Sangat2 ralat namun itulah adat pengantin baru. Memang sibuk! Makan di meja pengantin pun sedikit saja. Lauk pauk memang sedap dan menyelerakan, tetapi kami terpaksa makan sekadar mengalas perut sahaja.huhu...

Sesi bergambar dari petang jumaat sampailah petang sabtu memang sangat penat! Sehingga suami saya hilang moodnya...sementelah, dia memang tidak suka bergambar. Hampir2 kami bermasam muka kerana dia terpaksa mengikut kata2 dan arahan jurugambar untuk membuat pelbagai gaya. Kasihan suami saya..haha...

Minggu ini pula, kami akan berarak ke Kampung Bangau Tanjung, rumah suami saya. Persiapan di rumah mentua sedang giat dijalankan ketika ini. Saya dan suami juga tidak ketinggalan membantu apa yang patut. Mujur rumah kami dekat sahaja, jadi tiada masalah untuk kami berulang alik dari rumah saya ke rumahnya.

Gambar kahwin masih belum siap, kawan2 semua mesti tidak sabar untuk melihat gambar ya! Saya juga tidak sabar melihat hasil jurukamera saya...fotogenik atau fotogedik?hahahha....Tunggu.....

Friday, July 17, 2009

~Bachelor Party~



Salam...

Hari ni merupakan hari Jumaat terakhir saya sebagai orang bujang. So, how? bila nak buat "bachelor party"? haha... Nothing to jot down dis moment just terasa nak jumpa geng2 lama b4 saya bersuami. Tapi...geng2 jauh sangat laa....hu...

Wednesday, July 15, 2009

~Smokey eyes~

Salam...

Semalam, saya mencuba2 untuk bersolek. Kenapa? Owh, persediaan untuk hari pernikahan saya nanti. Maklumlah, jurusolek hanya ditempah pada hari kenduri sahaja. Jadi saya dengan penuh semangat mencuba pelbagai gaya untuk membuat "smokey eyes". Sudahnya, mata saya langsung nampak macam hantu! Cuba sekali lagi, mata saya seperti ditumbuk bertubi2.haha... Dahsyatnya bila seorang yang tak pernah membuat "kerja gila" berbuat sesuatu. haha..

Saya puas menghubungi rakan-rakan baik saya yang pandai bersolek untuk mengajar saya bagaimana untuk mendapatkan solekan yang baik. Banyak kali jugalah saya bermain dengan warna2 di sekeliling mata saya. Bersolek seorang diri sangat memenatkan! Sementelah saya amat jarang sekali bersolek. Kadang2 je bila saya 'kemaruk' hendak bersolek, saya oleskan sedikit sahaja warna pada mata saya. Itupun hampir tak kelihatan. haha..

Sejak kecil,memang saya amat gemar bermain dengan alat solek. Tak percaya tanya ummi saya. habis barang mekap dia saya guna dan langsung rosakkan. hihi. maklumlah, ketika itu saya sahaja satu2nya anak tunggal mereka. Perempuan pula. Apabila saya pulang ke kampung untuk berhari raya, ada seorang ibu saudara saya akan memanggil saya secara sembunyi2 untuk menyolekkan saya. Kenapa sembunyi2? Sebab, ummi akan memarahi saya jika dia tahu saya beria2 sangat hendak bersolek. Walaupun ummi marah, saya tetap akan mengikut ibu saudara saya yang satu itu dan 'menyerah diri' untuk disolekkan. Nakalnya saya. haha.. Tapi bila dah dewasa ni langsung saya tak pandai nak bersolek. Lagipun lecehlah. Kalau nak juga, kena bersiap awal2 lagi. Kalau tak, mesti lambat saya ke tempat kerja.

Sambung cerita tadi. Setelah saya beria2 mewarna muka saya malam tadi, akhirnya saya keletihan sendiri. yalah, kalau mata kanan elok dan cantik, tiba2 mata kiri pula yang senget2. Saya sempat menghantar mms pada rakan saya untuk meminta pendapatnya. Langsung dikatanya mata saya juling! haha. Tak kena langsung solekan saya. Saya pun dah malas. Saya bersihkan semua solekan bodoh saya tu dan tidur. Pagi tadi, saya rasa mata saya pedih2. Mungkin mata saya marah, asyik warna dan bersihkan mekap sampai beberapa kali malam tadi. huhu. Malam ini saya ingin mencuba lagi. Kawan saya kata, practice makes perfect! Yalah tu. Lecehnya. Tapi saya kena belajar juga. Lepas kahwin memang saya takkan bersolek di luar rumah. Tapi di depan suami boleh bersolek untuk melepaskan gian. hehe..

Tuesday, July 14, 2009

~Manusia~

Salam...

Wah nampaknya dalam bulan ini saya dah beberapa kali menulis di laman ini. Bagaikan setiap saat saya ingin mencatatkan sesuatu.heh! Setiap hari,saya telah mempelajari sesuatu berkenaan manusia. Bagi saya, manusia ini sangat2 unik. Juga sukar difahami. Jarangla saya jumpa seorang yang boleh memahami seorang yang lain dalam erti kata sebenarnya "benar2 memahami sepenuhnya". Walaupun kita telah mengenali orang itu selama lebih sedekad,dan dialah sahabat baik kita dunia akhirat,paling tidak,mesti ade sesuatu yang kita tidak faham tentang dia. Kerana sikap manusia yang berubah2 dan penuh variasi. (Macam pakar motivasi pun ada saya ni kan!hihi)

Terus terang saya katakan, walaupun saya telah mengenali *** selama lebih satu dekad, tapi setiap hari,saya mempelajari sesuatu daripadanya. Kadang2 'pelajaran' baru saya amat menyakitkan hati,sehingga membuatkan saya menangis kerana geram. Tapi kadangkala 'pelajaran' itu boleh jadi sesuatu yang manis untuk dikenang dan sering membuatkan saya tersenyum sendiri.

Apabila saya terasa dengan dia,saya cepat sedar,saya juga bukanlah sempurna. Saya juga tetap mempunyai kelemahan sendiri. Tidak wajar bagi saya untuk bermasam muka mahupun memarahi dia kerana memberikan saya 'new lesson for the day' (walaupun saya sering dimarahi kerana masih tidak memahami dia). Tapi kadang2 saya penat belajar tentang sikap manusia di sekeliling saya ni. Hari2 jumpa orang sama tetapi sikapnya berubah kadangkala.

Bila saya baca semula apa yang saya tulis di atas, baru saya sedar, saya banyak menggunakan perkataan "kadang-kadang". Owh!!

Monday, July 13, 2009

~Best birthday present ever~

Salam..

Semakin dekat harinya,semakin debar rasa di hati.kalau boleh,setiap saat saya ingin menikmati detiknya sepuas2nya sebagai orang bujang.hahah.apa yang saya mengarut ni.tapi betul,saya pernah memberitahu si dia,kalau boleh,setiap hari saya ingin mencatat apa yang saya buat menjelang pernikahan kami.betapa kelam kabutnya saya,semenjak dua menjak ini saya langsung tidak sempat mengemas bilik.alangkah!pagi,bangun pergi kerja,balik kerja,malam memasak dan bersembang dengan kawan2 serumah.yalah,selepas ini mungkin saya akan dapat bertukar ke Shah Alam,tinggalah kasih tinggal saudara,kerana kasih hamba turutkan.hehe.hujung minggu saya sibuk menghadiri kuliah dan petangnya saya pulang ke temerloh.membantu keluarga mengemas apa yang patut.saya dapat rasakan,ummi seakan berat ingin melepaskan saya,dia juga sangat2 menikmati peluang sementara saya masih anak daranya.kami akan bercerita dan bergurau sepanjang saya ada di rumah.abah juga begitu.saya dilayan bagaikan seorang puteri.(walaupun selama ini memang saya satu2nya puteri hati mereka,tapi sekarang saya lebih dimanjakan.hihi)Owh, kenapa tajuk entri saya kali ini seperti di atas? Ini kerana,tarikh pernikahan saya juga merangkap tarikh hari lahir saya yang ke-25.Tahun ini,saya amat bertuah,di hari lahir saya,saya dapat baaaaaaaaaaaaaaanyak hadiah paling berharga dalam hidup saya. Suami,ibu mertua,ayah mertua,kakak ipar dan adik2 ipar yang sangat sayangkan saya. Saya tak dapat menyembunyikan keterujaan saya menanti hari bersejarah itu. Walaupun jauh di sudut hati,masih tertanya2,adakah saya layak menjadi isteri yang terbaik buat dia?adakah saya layak menjadi menantu yang terbaik,kakak dan adik ipar yang terbaik buat semua?Harap2nya begitulah.saya sangat2 mengharapkan doa dan restu daripada semua.Owh3...saya juga bedebar!!!Sabarlah hati...

Wednesday, July 8, 2009

~Reverse thinking~

Salam...

Makin dekat majlis,makin banyak wat saya berfikir. Yelah, mendirikan masjid ni bukan senang. Nak meruntuhkannye sangat mudah. kan? Bak kata kawan saya, 2-3 hari ni ade tak ko pk betul ke keputusan yg ko wat utk bernikah dengan dia? saya jawab, ade,kadang2...kawan saya balas, ha... tu mainan setan tuh. cepat2 istighfar... jauhkan daripada pk mende2 tak elok. betul jugak kan... n saya pecaya, ramai yang dah berkahwin mengalamai mende yang sama sebelum mereka berkahwin. agak2 gado n berbeza pendapat sampai tahap nyesal la wat keputusan kawen nih. huhu.. n ini membuatkan saya makin cekap berfikir n membuat "reverse thinking".

Walau apepun fikiran jahat n negatif datang, saya cepat2 switch dan jadikan ianya sesuatu yg sangat positif. Betul kawan saya kata, kalau kita asyik biarkan fikiran menguasai perasaan, tak jadi hape...yang paling penting, sabar tahap jurus kelapan!n itulah yang saya praktikkan saban hari. kalau tak sabar dengan diri sendiri,sabar dengan org lain,sabar dengan komputer,sabar dengan barang2, sabar itu, sabar ini...bla..bla..bla...juga yang penting, senyum supaya seri tak hilang ketika majlis!!haha...