Wednesday, February 4, 2009

Geng Adik Beradik~


Kat sini aku nak citerkan kisah 'Geng Adik Beradik'. Ada 5 org semuanya.Aku,Farah,Fisha,Una,Piah(tak glamerla,tukarla,Anis.heheh). Kami rapat sejak zaman kolej lagi. Sebenarnya zaman sekolah lagi dah rapat. Tapi masa sekolah dulu, kami ada 13 orang, Active Power Gurls..haha.... sangat lucu nama tu. Kononnya aktif sangatla... kih3.. Bila masuk kolej, only 5 of us left. Dan e2 yg mbuatklan kami btambah rapat. Susah senang tetap bersama.

Dalam 5 orang tu, Una yang paling tua. Memangla kami sebaya,tapi Una lahir dulu...haha... Dia walaupun paling tua,perangai macam budak2 jugak. Paling tak boleh lupa, kami paling takut kalau dia marah... Sepanjang hari dia marah, dia akan diam je. Then dia akan mengemas bilik. Masa dia mengemas ni takde siapa pun berani tegur. Aku yg paling berani pun akan menikus..haha... Takutnye aku tgk dia marah... Siapa yg selalu buat Una marah?haha... Si kecik yg nakal..Anislah. Taula dia paling muda, dia mmg suka menyakat Una. Bila una marah,dia lari masuk bilik. Tgk,nakal tak?haha...

Anis tu, paling aku geram,kalau dia tgh tdo,tolonglah jgn sesiapa kacau dia. Dan tolong jangan sekali2 kejut dia ok. Dia akan tdoooooo je sambil bergebar. Dengan stokin, dia langsung tdo tanpa pedulikan kami yg tjerit2 kejut dia bangun. Aduiii...sgt degil! Dan dialah satu2nya kawan aku yg sentiasa bersama dengan aku dari kami tadika sampai ke kolej pun sama. Aku pun tak sangka, psahabatan dah kami mencecah 20 tahun! Sgt lama!

Farah pulak, sangat keibu-ibuan gitu...hehe...dan tolonglah, dia tsangat baik ok. Tak sanggup menyusahkan kawan2 even kami tak rasa menyusahkan diri pun if tolong dia. Aku still igt, dia sakit masa tu. Pukul 1.30 pg aku n sorang lagi kawan (Una kot?) hantar dia ke hospital. Farah ni jugak jenis tak suka membazir. haha... Kata-kata keramat dia, "Membazir!" bila kami buat sesuatu yg dirasakannya membazir. Masa sekolah, dialah yg selalu habiskan makanan aku yang tak habis. Takut membazir katanya...hehe...

Fisha pulak, mulanya pendiam. Tapi sejak masuk geng kami yg nakal ni,dia jadi sgtla bising! Bising kalau dia marah2 manje gitu...haha... Best dpt menyakat dia sampai kuar suara kecik dia...(masa ni aku akan,lari...lari...hahahaha). Kami pernah pergi ke Kuantan daripada Terengganu semata2 nak cari handset aku dan Una. Dan pada masa tu kami balik lewat. Sampai Terengganu dah malam. Dah jadi peraturan kolej, kami tak boleh masuk asrama selepas jam 7mlm. Nak jadi cerita, masa tu, kami minta seorang rakan lelaki tolong hantar kami balik ke asrama. Dengan yakinnya rakan kami tu sewa kereta, jemput kami di Stesen Bas & dan hantar kami pulang. Sampai di pintu pagar, pak guard terus tahan...wah....cuaknya kami...huhu....Masa tu Allah aje yg tahu betapa takutnya kami semua. Kami kena turun kereta,n kawan kami dihalau balik. Kami kena bebel hampir sejam kat situ. Malunya....maklumlah semuanya masih di tahun 1. Nakal...hihi.... Mujur tak kena marah beria, nasib baik rakan kami tu ada bau2 bacang dgn Una, so Una nak menyelamatkan keadaan katelah yg kawan tu sepupu dia...hahaha....Lepas tu ape lagi, kami terpaksa bjalan kaki jauh masuk ke dalam. Dah jadi peraturan (masa tulah) kereta sewa tak boleh masuk kawasan asrama perempuan. Kerek ar pak guard tu...disuruhnya kami yg cun ni bjalan kaki malam2 buta? Huhu...

Lagi satu kejadian, pasal kami keluar sewa kereta jugak. Masa tu, ada senior yg sgt baik hati nak belanja kami makan di tepi pantai. Maka kami keluarlah berlima, dia tggu di masjid kolej dengan kereta. Aku, Fisha n Anis ada basikal masa tu. So kami naik basikal berlima (ups! berenam) pergi ke Masjid. Konon nak melarikan diri drpd pak guard lah nih. Haha... Balik drpd makan, aku n Mahfuuzah (ye kot?) balik dulu. Kebetulan aku ada hal masa tu so aku balik cepatla. Maklumlah aku ni minah rempit. Bawak basikal mcm pelesit. Haha... yg tinggal tu terhegeh2 kat belakang. Pak guard dah lama intai kami sejak kami keluar lagi rupanya. Yang kesiannya, mangsa2 yg tinggal nilah yg kene tahan...hadoiii...kene marah ngan pak guard tu free2 aje...aku? Terselamat dlm kejadian itu...wahahaha... Manalah aku tau, sedar2 diorg balik tu merungut2. Rupa2nya tertangkap lagi...hihi...

Kalau nak diceritakan, mmg baaaanyak kejadian2 yg hampeh2 yg aku boleh cerita kat sini. Cte2 best2 pun ada jugak. Yelah, sepanjang 3 tahun blaja kat kolej sama2, kami bergantung pada satu sama lain maklumlah sama2 jauh dgn mak ayah.. Kawan susah dan senang sama-sama. Menangis sama2, ketawa gembira pun sama2. Sampailah sekarang... Farah bakal menamatkan zaman bujang dia tak lama lagi. Aku? akan menyusul..hek3... Aku harap persahabatan kami berlima akan kekal sampai bila2, n kita akan bawa persahabatan ni sampai ke hujung nyawa ok. Walaupun kita dah berkeluarga, beranak pinak nanti, kita akan curi masa sehari utk bergosip macam selalu. Tu kita dah rancang sebelum kawin kan! Minta kebenaran daripada suami masing2 utk outing seharian nanti. Gurls only! haha...bestnye...

Tuesday, February 3, 2009

Mari menjadi penterjemah

Hari ni aku cuba utk menyelesaikan semakan undang2 kecil..macam biasa,mesti ada terjemahan yang salah.yang 'ikut dan' selalunya.seolah2nya mereka yang menghantar draf ni ikut suka- copy paste atau dlm bahasa melayunya salin tampal saja.keadaan ni menyebabkan aku terasa sangat penat menjadi penterjemah!dan aku rasa aku nak jerit di sini,aku bukan penggubal!huhu....

Mmg org nmpk kerjaku ini senang,mudah aja,just duduk,pegang pen merah,tanda apa yg patut dlm draf,then taip.taip pun just copy paste undang2 kecil daerah lain yg sama n betulkan ape yg patut.mudah kan!tak perlu berkejar2 pegang fail byk2,kejap2 jwb call dr ntah siapa2,kejap2 keluar jumpe client/client jumpa kat opis,tak pyh susah2!tapi yg rumitnya bila duduk mcm ni kene ketekunan yg tggi!dan semestinya semua org yg kenal aku,tahu aku bukanlah manusia yg tekun!aku cepat bosan klu hanya mengadap satu benda saja.huhu....syok jugak klu saat ini aku sedang outstation,cari penghutang2 kerajaan n serahkan saman kpd mereka...ngeh3...outstation sgt seronok!bila hujung bulan jari jemariku pantas mbuat kira2 keuntungan dunia yg akan aku dpt pd bulan berikutnya...hahahaha....mejaku ini berkecah dengan alat tulis,kertas2,n macam2 lagi barang2 yg tahapahapa.aduiiii.... bestnya kalau dapat tdo mcm baby ni....:-p

Monday, February 2, 2009

Toughness...huhu...



Hai...


Bulan ke-2...aku skang tgh bz....mggu ni ade 2 test...tort n consti...hadoiiii....tgk buku sikit punye tebal....(tp study bab pertama jela baru...haha)...nk bace tang mana pon tak taula...sib baik mr. barney n friends tu bg notes pendek2 tapi aku still nk tgk gak buku teks yg tebal tu sbb rase cambest.cam budak cerdik je...haha....tgkla buku2 aku,pening palo den...hek3...